Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ubat gigi, minyak angin antara hadiah Krismas buat golongan memerlukan

Menjelang perayaan Krismas tidak lama lagi pelbagai usaha giat dilakukan beberapa pertubuhan bagi memberi keceriaan kepada golongan yang memerlukan. Dalam kalangan penerima bantuan ialah para pekerja asing. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2018 08:39PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 10:05PM

SINGAPURA: Menjelang perayaan Krismas tidak lama lagi pelbagai usaha giat dilakukan beberapa pertubuhan bagi memberi keceriaan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam kalangan penerima bantuan ialah para pekerja asing.

Biasanya, barang-barang keperluan seperti ubat gigi dan minyak angin tidak terlintas di fikiran apabila memikirkan soal hadiah buat Hari Krismas.

Namun, barang-barang tersebut berserta beg galas dan keperluan mandian dapat meringankan beban sara hidup bagi para pekerja asing.

Cik Jocelyn Lim, salah seorang daripada 40 relawan dari kumpulan "It's Raining Raincoats", sudah membuka pintu rumahnya sebagai pusat pengumpulan hadiah untuk diberikan kepada pekerja-pekerja asing.

Lebih daripada 200 relawan bekerjasama dengan kumpulan tersebut untuk mengagihkan hadiah di tapak-tapak pembinaan dan asrama-asrama pekerja.

Inisiatif itu bermula pada tahun 2014 di tengah-tengah ribut petir, apabila pengasas kumpulan "It's Raining Raincoats", Cik Dipa menumpangkan dua orang pekerja asing untuk berteduh di rumahnya.

Ini selepas beliau terlihat mereka berlindung daripada hujan dengan hanya menggunakan kadbod di tepi jalan.

Beberapa bulan kemudian,Cik Dipa menerima panggilan telefon daripada pihak polis yang memberitahu bahawa salah seorang daripada pekerja itu cuba untuk membunuh diri dan nombor telefon Cik Dipa adalah satu-satunya yang disimpan pekerja tersebut.

Kejadian itu menyedarkan Cik Dipa mengenai masalah pengasingan yang dialami pekerja asing.

Ia turut menjadi titik permulaan inisiatif bagi mendapatkan para relawan untuk mengagihkan barang-barang keperluan dan makanan kepada pekerja asing.

Sambutan Krismas tahun ini merupakan kali pertama mereka menganjurkan kempen pengumpulan hadiah seluruh negara.

Mereka menyasarkan untuk mengagihkan sebanyak 750,000 hadiah. 

Sumber : CNA/AZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan