Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tutup hari Ahad, tempoh operasi lebih singkat di EWL pada Januari

Khidmat kereta api di Laluan Timur-Barat (EWL) akan terjejas pada semua hujung minggu dalam bulan Januari.

Anggaran Waktu Membaca:
Tutup hari Ahad, tempoh operasi lebih singkat di EWL pada Januari

Gambar fail. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 15 Dec 2017 10:04PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 10:10PM

SINGAPURA: Khidmat kereta api di Laluan Timur-Barat (EWL) akan terjejas pada semua hujung minggu dalam bulan Januari.

Ini sedang kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan di laluan tersebut diteruskan, menurut SMRT hari ini (15 Dis).

Ia termasuklah dua lagi penutupan sepanjang hari di 10 stesen pada 21 dan 28 Januari. Kedua-duanya hari Ahad.

Stesen-stesen yang terjejas adalah di laluan antara stesen MRT Paya Lebar dengan Pasir Ris serta Expo dengan Changi Airport.

Stesen kereta api akan ditutup lebih awal, pukul 11.00 malam, pada hari Jumaat dan Sabtu dan dibuka lewat, pukul 8.00 pagi, pada hari Sabtu dan Ahad.

Dua khidmat bas ulang alik akan disediakan di sepanjang laluan yang terjejas. Bas-bas itu akan berhenti di perhentian bas yang paling hampir dengan stesen MRT.

JARAK TEMPOH ANTARA KERETA API LEBIH PANJANG

Kereta api juga akan tiba di stesen dengan jarak tempoh lebih panjang antara satu sama lain di Laluan Utara-Selatan pada lewat malam dan awal pagi pada hujung minggu, menurut syarikat pengendali pengangkutan itu.

Ini kerana khidmat-khidmat MRT antara stesen Orchard dengan Marina South Pier akan beroperasi menggunakan satu landasan pada lewat malam Jumaat dan Sabtu dan awal pagi Sabtu dan Ahad.

Pada waktu-waktu itu, tiada khidmat kereta api disediakan antara stesen City Hall dengan Raffles Place di NSL.

Para penumpang yang ingin menuju ke lokasi antara kedua-dua stesen itu perlu menaiki MRT di EWL, laluan lain atau menaiki bas, menurut SMRT.

"Khidmat bas malam dan bas biasa di sepanjang laluan terjejas akan dipertingkat pada waktu-waktu tersebut," tambah SMRT.

Maklumat terperinci mengenai waktu sebenar khidmat MRT dan pengangkutan alternatif akan segera disediakan, menurut SMRT lagi.

"Maklumat mengenai waktu operasi khidmat kereta api pada bulan Februari 2018 akan diumumkan pada bulan Januari," tambahnya.

Langkah ini diambil setelah penutupan sepanjang hari dan tempoh operasi yang lebih singkat dilaksanakan pada bulan Disember.

LEBIH BANYAK WAKTU KEJURUTERAAN

Tempoh operasi lebih singkat itu bertujuan menyediakan lebih banyak masa bagi kerja-kerja kejuruteraan seperti penyenggaraan landasan dan pembaikan serta menjalankan lebih banyak pemeriksaan ke atas sistem isyarat baru.

CEO SMRT Trains, Lee Ling Wee berkata: "Tempoh kejuruteraan itu diperlukan untuk menguji sistem isyarat baru CBTC (Kawalan Kereta Api Berdasarkan Komunikasi).

"Kami mahu memperkenalkannya kepada para penumpang yang menaiki kereta api di Laluan Timur-Barat pada pertengahan tahun 2018, dengan memastikan fasa di mana terdapat masalah-masalah awal sesingkat yang mungkin."

Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan lain bagi landasan juga sedang dipercepat, tambah beliau.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada para penumpang atas kesabaran dan sokongan mereka, khususnya mereka yang bergantung kepada Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat setiap hari. Semua langkah diambil bagi memastikan ketidakselesaan berada di paras minimum pada waktu-waktu ini," kata beliau.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan