Images
  • lung vancer
    Gambar: Facebook

Tumor barah paru-paru orang Asia lebih kemungkinan tidak respon kepada rawatan

SINGAPURA: Satu kajian tempatan mendapati bahawa tumor barah paru-paru di kalangan orang Asia lebih berkemungkinan tidak memberi tindak balas kepada rawatan.

Pasukan Institut Genom Singapura dan Pusat Barah Kebangsaan tempatan mendapati bahawa keadaan itu disebabkan tumor barah tersebut dalam diri pesakit Asia lebih rumit dan pelbagai dari segi genetik berbanding orang Barat.

Para pengkaji mendapati barah paru-paru yang dialami para pesakit orang Asia disebabkan oleh sejenis mutasi baka.

Mutasi tersebut dikesan pada lebih 50 peratus tumor pesakit barah paru-paru di negara ini.

Pesakit-pesakit itu didapati tidak memberikan respons kepada rawatan ubat atau kembali bentan.

Oleh itu dapatan tersebut membantu para doktor untuk memahami bahawa strategi yang berbeza dan kombinasi rawatan diperlukan untuk mengurangkan tumor tersebut daripada melalui proses mutasi. 

- CNA/NF/sm

Top