Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Transformasi digital, kemampanan antara peluang pasca pandemik bagi S'pura, kata Gan Kim Yong

Transformasi digital dan kemampanan adalah antara beberapa peluang yang muncul daripada pandemik COVID-19 dan Singapura boleh memanfaatkannya untuk bangkit lebih kukuh di tengah-tengah "cabaran-cabaran besar" yang dihadapinya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong hari ini (27 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Transformasi digital, kemampanan antara peluang pasca pandemik bagi S'pura, kata Gan Kim Yong

Gambar: REUTERS

Diterbitkan : 27 Aug 2021 07:25PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 07:32PM

SINGAPURA: Transformasi digital dan kemampanan adalah antara beberapa peluang yang muncul daripada pandemik COVID-19 dan Singapura boleh memanfaatkannya untuk bangkit lebih kukuh di tengah-tengah "cabaran-cabaran besar" yang dihadapinya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong hari ini (27 Ogos).

Berucap di dialog tahunan ekonomi kementeriannya, Encik Gan berkata pandemik itu mencetuskan dan mempercepatkan beberapa perubahan utama dalam ekonomi sejagat seperti keseimbangan global yang berubah-ubah, transformasi digital yang semakin pesat dan inovasi serta tumpuan dipertingkat kepada kemampanan.

Perubahan-perubahan itu membawa cabaran-cabaran besar kepada ekonomi Singapura tetapi juga menawarkan peluang-peluang baru.

Pendigitalan adalah salah satu peluang kerana pandemik menekankan pentingnya dunia maya. Singapura perlu menembusi "sempadan baru maya" untuk menjangkaui kekangan saiz dan batasan fizikal, ujar menteri itu.

Misalnya, pasaran maya bagi barangan dan khidmat boleh dibangunkan untuk membolehkan syarikat-syarikat menembusi pasaran baru dan memproleh pelanggan-pelanggan dari merata dunia.

Kemampanan dan ekonomi mesra alam sekitar pula mewujudkan peluang kedua, menurut Encik Gan, Beliau menambah bahawa Singapura boleh "meraih kelebihan daya saing di peringkat awal" dalam bidang-bidang seperti perdagangan dan khidmat karbon, teknologi-teknologi rendah karbon, pendanaan mesra alam sekitar serta prasarana mampan.

Ia juga boleh membantu industri-industri sedia ada untuk beralih kepada ekonomi rendah karbon serta membantu syarikat-syarikat menghasilkan produk dan huraian mampan.

Peluang ketiga adalah dalam usaha membangunkan lebih ramai "peneraju global" tempatan.

Encik Gan berkata bahawa syarikat-syarikat besar membuat "sumbangan besar" kepada ekonomi Singapura tidak kira dari segi Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP), pengambilan pekerja atau daya pengeluaran.

Beberapa contoh syarikat tempatan "unicorn" - iaitu panggilan yang diberikan kepada syarikat pemula yang nilai privetnya mencecah AS$1 juta (S$1.35 juta) atau lebih - dibangunkan di Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tambahnya, sambil merujuk kepada Grab dan Razer.

Syarikat-syarikat besar itu berpotensi untuk terus berkembang dan bersaing dalam pasaran global, kata beliau.

Cabaran seterusnya bagi Singapura adalah untuk membangunkan generasi pelapis dan bakal "unicorn". Ini juga adalah bidang penting, kata menteri itu, untuk memberi rakyat Singapura peluang-peluang baru dan menarik bagi tahun-tahun mendatang. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan