Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Trak tunda pesawat terbakar di Lapangan Terbang Changi

Sebuah trak tunda pesawat di Lapangan Terbang Changi terbakar sedang ia menarik pesawat Boeing 777-200 milik Singapore Airlines (SIA) ke pintu berangkat sekitar 4.00 pagi tadi (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2017 12:56PM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 11:55PM

SINGAPURA: Sebuah trak tunda pesawat di Lapangan Terbang Changi terbakar sedang ia menarik pesawat Boeing 777-200 milik Singapore Airlines (SIA) ke pintu berangkat sekitar 4.00 pagi tadi (29 Nov).

Seorang jurucakap SIA mengesahkan bahawa semasa kejadian, tiada penumpang berada di dalam pesawat tersebut.

Tambah beliau seorang pekerja yang berada di dalam kokpit pesawat dibawa keluar menerusi alat gelongsor kecemasan.

"Tiada kecederaan (dilaporkan) dan api tersebut dipadamkan oleh Khidmat Kecemasan Lapangan Terbang," kata jurucakap itu. "Singapore Airlines akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa serta SIA Engineering Company untuk menyiasat insiden itu."

Gambar-gambar dan rakaman video kejadian menular di media sosial pada pagi tadi. Ia menunjukkan bahagian muncung pesawat SIA itu diselaputi debu asap hitam akibat kebakaran tersebut.

SIA menyatakan kerosakan yang dialami pesawat berkenaan sedang diteliti dan operasi penerbangan tidak terjejas.

Pesawat tersebut sepatutnya berlepas dari Terminal 3, menuju Hong Kong.

Berikutan kejadian itu, penerbangan tersebut menggunakan sebuah pesawat lain yang berlepas pada 7.35 pagi, lewat 13 minit daripada jadual asalnya. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan