Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TPG Telecom tunjuk kelajuan perlahan, isyarat lebih lemah berbanding Singtel, Starhub, M1: Kajian

Menjelang pelancaran rasminya, syarikat telko keempat Singapura TPG Telecom mencetuskan perang harga di pasaran tempatan yang bersaing sengit. Namun keupayaannya untuk mengekalkan isyarat dan kelajuan muat turun masih belum lagi mampu menandingi piawai pemain industri sedia ada.

Anggaran Waktu Membaca:
TPG Telecom tunjuk kelajuan perlahan, isyarat lebih lemah berbanding Singtel, Starhub, M1: Kajian

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 12 Jul 2019 08:33PM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 08:36PM

SINGAPURA: Menjelang pelancaran rasminya, syarikat telko keempat Singapura TPG Telecom mencetuskan perang harga di pasaran tempatan yang bersaing sengit. Namun keupayaannya untuk mengekalkan isyarat dan kelajuan muat turun masih belum lagi mampu menandingi piawai pemain industri sedia ada.

Demikian dapatan firma analitik mudah alih antarabangsa Opensingnal, yang diterbitkan pada Jumaat (12 Jul).

Dapatan tersebut berdasarkan pada data selepas syarikat telko Australia itu melancarkan percubaan awal tahun ini sebagai sebahagian usahanya membolehkan para pengguna mencuba khidmat syariket berkenaan selama 12 bulan secara percuma.

Pelancaran komersil TPG Telecom dijadual lewat tahun ini.

Bagaimanapun, kajian Opensignal mendapati usaha TPG semasa tempoh percubaan tidak setanding M1, Singtel dan Starhub.

Dari segi kelajuan muat turun, TPG berada pada kedudukan tercorot, dengan mencatat kelajuan purata 26.1 megabit sesaat (Mbps) dari Februari hingga Mei. Ini berbanding dengan Singtel, StarHub dan M1 yang masing-masing mencatat kelajuan 42.5 Mbps, 39.5 Mbps, dan 36.1 Mbps.

Kelajuan muat naik TPG semasa tempoh sama juga tidak begitu memuaskan - mencatat kelajuan 4.1 Mbps berbanding 13.4 Mbps oleh M1, 12.7 Mbps oleh Singtel dan 12.4 Mbps.

Pengguna TPG didapati mengalami 4.5 peratus masa tanpa isyarat mudah alih, jauh lebih tinggi berbanding 1.6 peratus bagi M1, 1.2 peratus bagi StarHub dan 1 peratus bagi Singtel.

Para pengamat telko baru-baru ini menyatakan pelaburan prasarana TPG di Singapura tidak cukup besar untuk menandingi atau mengatasi piawai telko lain. Ini mungkin menjadikan TPG satu sasaran pemerolehan dalam pasaran telekomunikasi setempat yang cukup padat.

Dalam satu laporan tahun lalu, penganalisis Sachin Mittal dari bank DBS menarik perhatian bahawa "perbelanjaan modal TPG amat sedikit", sekitar S$65.7 juta pada 2018, kurang sepertiga daripada sasaran S$200 juta hingga S$300 juta.

Dengan perbelanjaan sedia ada, Encik Mittal percaya rangkaian TPG semasa pelancaran komersilnya nanti berkemungkinan tidak memberi saingan kuat kepada para pemain industri sedia ada.

Sebagai perbandingan, StarHub sudah membelanjakan lebih S$600 juta bagi rangkaian 4G sejak 2013 - hampir 10 kali ganda perbelanjaan TPG buat masa ini.

Encik Ian Fogg, naib presiden analisis di Opensignal, berkata meskipun prestasi TPG tampak kurang memuaskan, ia agak menyerlah dalam satu segmen - pengalaman penstriman video mudah alih.

"Perbezaan sedikit dalam pengalaman penstriman video menunjukkan tiada pengendali di Singapura boleh mudah berpuas hati.

"Semua mesti memberi tumpuan terhadap pengalaman mudah alih yang baik bagi pengguna mereka untuk mengurangkan kehilangan pelanggan apabila menghadapi persaingan khidmat kos rendah atau percuma," tambah beliau.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan