Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tower Transit akan kendalikan pusat pertukaran bas Sembawang dan Yishun, ambil alih daripada SMRT

Tower Transit Singapore diberi kontrak bagi pakej bas Bulim dan Sembawang-Yishun selama tempoh lima tahun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Rabu (30 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Tower Transit akan kendalikan pusat pertukaran bas Sembawang dan Yishun, ambil alih daripada SMRT

(Gambar: Kenneth Lim)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 09:56PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 10:01PM

SINGAPURA: Tower Transit Singapore diberi kontrak bagi pakej bas Bulim dan Sembawang-Yishun selama tempoh lima tahun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Rabu (30 Sep).

Kontrak itu bernilai sekitar S$1.03 bilion dan bermula secara bertahap-tahap mulai suku kedua 2021.

Pakej Sembawang-Yishun yang buat masa ini dikendalikan oleh SMRT Buses, meliputi 27 khidmat bas. Bas-bas itu akan beroperasi dari Depot Mandai yang baru dan diserahkan kepada Transit Tower menjelang Oktober.

Tower Transit juga akan menguruskan pusat pertukaran bas Sembawang dan Yishun.

Pakej Bulim pula yang merangkumi 29 khidmat bas, kini dikendalikan Tower Transit yang akan terus mengendalikan juga pusat pertukaran bas Bukit Batok dan Jurong East.

PEMINDAHAN PEKERJA TERJEJAS

LTA menyatakan pekerja SMRT yang terjejas oleh perubahan itu harus ditawarkan pekerjaan oleh pengendali baru. Syarat pekerjaan mereka juga tidak harus lebih teruk berbanding yang diterima sebelum perubahan itu.

Dalam satu catatan Facebook, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Sekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) Melvin Yong berkata kesatuan itu akan bekerja rapat dengan SMRT dan Tower Transit untuk memastikan "peralihan yang lancar" untuk pekerja yang terjejas.

"Pihak kesatuan komited untuk bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam yang berbeza bagi memastikan kesejahteraan pekerja bas kami dan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat untuk mereka," menurut Encik Yong.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan