Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tonjolkan kewibawaan, tidak buat tuntutan berlebihan

Masyarakat Melayu/Islam perlu terus menonjolkan kewibawaannya, demi menjaga keharmonian kaum dan agama di Singapura yang memang "rapuh", selain tidak membuat tuntutan berlebihan, kata  Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli pada Jumaat (10 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam perlu terus menonjolkan kewibawaannya, demi menjaga keharmonian kaum dan agama di Singapura yang memang "rapuh", selain tidak membuat tuntutan berlebihan.

Demikian peringatan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli semasa satu sesi dialog anjuran M³ pada Jumaat (10 Sep).

Dalam dialog yang diadakan secara hibrid bagi membincangkan inti Rapat Umum Hari Kebangsaan baru-baru ini, 170 aktivis badan-badan Melayu/Islam diajak oleh para anggota Parlimen Melayu/Islam agar mengingat kembali pesanan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Ini terutama sekali tentang soal keharmonian kaum dan agama.

Menurut Encik Masagos, pengumuman PM Lee yang membenarkan para jururawat Muslim memakai tudung di hospital awam bermula November ini, menunjukkan betapa Pemerintah prihatin akan masyarakat Islam.

Jadi ia perlu ditatang dengan baik kata Encik Masagos yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.

"Kita mendapat keizinan untuk para jururawat kita untuk memakai tudung dengan pakaian seragam mereka, ia adalah satu keputusan yang mengambil kira kepentingan-kepentingan masyarakat kita dan sekali gus memikirkan apakah keprihatinan masyarakat lain," ujar Encik Masagos.

"Keseimbangan ini amat penting dan selalu menjadi keprihatinan pemerintah sehinggakan perlu memilih waktu tepat untuk melakukan perubahan," jelas beliau lagi.

ISU PEKERJAAN, PWM DIBINCANGKAN

Para peserta sesi itu juga menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu-isu pekerjaan dan kemahiran.

Menurut Encik Masagos, persiapan awal perlu dilakukan bagi melawan arus pandemik COVID-19 dan gelombang ketidaktentuan ekonomi, serta bersiap menghadapi ekonomi baru.

Lantaran itulah, langkah Pemerintah mahu meningkatkan pendapatan dan kemahiran para pekerja bergaji rendah melalui peluasan Model Gaji Progresif (PWM) adalah "pendekatan sangat tepat", kata Encik Masagos.

"Kita di M³ mempunyai rangka kerja untuk bukan hanya menyampaikan maklumat kepada masyarakat tetapi memberikan peluang untuk mereka menghadirkan diri dalam jurusan tertentu supaya mendapat kemahiran bagi mendapatkan gaji lebih baik," ujar Encik Masagos.

Ini terutama bagi mereka yang bergaji rendah dalam bidang-bidang di mana pendapatannya tidak setara untuk kos kehidupan untuk di Singapura, kata beliau.

Encik Masagos berharap golongan berkenaan seterusnya akan mengambil peluang meningkatkan kemahiran yang bakal diberikan nanti.

Sesi dialog tersebut turut disertai Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merangkap Pertahanan, Zaqy Mohamad, Datuk Bandar CDC Tenggara Fahmi Aliman, serta Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal dan Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang Zhulkarnain Abdul Rahim.

Sesi tersebut merupakan yang terakhir daripada tiga sesi anjuran M³.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan