Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tompok panas di Johor mungkin sebabkan keadaan sedikit berjerebu di S'pura

Tompok panas di selatan Johor mungkin akan menyebabkan keadaan "sedikit berjerebu" di Singapura jika arah tiupan angin berubah, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (25 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Tompok panas di Johor mungkin sebabkan keadaan sedikit berjerebu di S'pura

Flat-flat HDB di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 25 Feb 2019 10:31PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 10:34PM

SINGAPURA: Tompok panas di selatan Johor mungkin akan menyebabkan keadaan "sedikit berjerebu" di Singapura jika arah tiupan angin berubah, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (25 Feb).

Tompok panas itu dikesan sekitar 30 meter ke arah timur Singapura, menurut NEA.

"Angin sedang bertiup dari timur laut Singapura, tetapi perubahan arah tiupan angin mungkin menyebabkan keadaan agak berjerebu di Singapura," tambahnya.

NEA menyatakan demikian sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp tentang bau asap yang dapat dihidu di Singapura.

Sepanjang hujung minggu lalu, para penduduk melaporkan bau asap atau jerebu di kawasan-kawasan seperti Bedok, Pasir Ris, Woodlands, Choa Chu Kang, Bukit Panjang, Sengkang, Bishan dan Thomson.

Pada Isnin (25 Feb), NEA menyatakan bahawa ia menerima maklum balas tentang bau asap di timur Singapura antara 9.00 malam pada hari Ahad (24 Feb) dengan 11.00 pagi pada Isnin (25 Feb).

Pada tempoh tersebut, paras indeks pencemaran udara (PSI) di kawasan timur adalah antara 52 dengan 55, iaitu pada paras sederhana.

"Kami sedang memantau dengan teliti mutu udara," menurut NEA.

"Orang ramai, termasuk warga emas, kanak-kanak dan mereka dengan masalah jantung atau paru-paru, boleh meneruskan kegiatan seperti biasa."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan