Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiupan angin redakan jerebu di S'pura; PSI merosot ke paras sederhana

Setelah sehari mutu udara Singapura mencecah paras tidak sihat, Indeks Pencemaran Udara (PSI) bertambah baik pada Khamis (19 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiupan angin redakan jerebu di S'pura; PSI merosot ke paras sederhana

Keadaan berjerebu di S'pura pada 18 Sep (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 11:12PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 11:17PM

SINGAPURA: Setelah sehari mutu udara Singapura mencecah paras tidak sihat, Indeks Pencemaran Udara (PSI) bertambah baik pada Khamis (19 Sep).

Bacaan PSI merosot secara bertahap-tahap sepanjang hari, dan setakat sehingga 9.00 malam, PSI 24-jam mencecah paras sederhana di semua kawasan.

Setakat sehingga 9.00 malam, bacaan PSI adalah:

  • 88 di utara
  • 92 di timur
  • 98 di selatan
  • 93 di barat
  • 88 di bahagian tengah

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), bacaan PSI 50 dan ke bawah menandakan mutu udara 'baik', manakala 'sederhana' bagi bacaan antara 51 dengan 100 dan 'tidak sihat' antara 101 dengan 200.

Mutu udara yang bertambah baik disebabkan oleh "tiupan angin yang menderu dari arah tenggara" yang membantu meniup jerebu keluar dari Singapura, menurut kenyataan media NEA pada Khamis.

Bacaan PM2.5 satu-jam pula adalah 18-28µg/m3 pada 9.00 malam iaitu dalam lingkungan normal.

PM2.5 adalah ukuran zarah kurang daripada garis pusat (diameter) 2.5 mikrometer di udara. Apabila bacaan PM2.5 mencecah paras tinggi, zarah jerebu boleh menjejas jantung dan paru-paru terutamanya bagi mereka yang mengalami penyakit jantung atau paru-paru kronik.

Menurut NEA, bacaan PM2.5 satu jam "adalah petunjuk baik mengenai mutu udara semasa" dan boleh digunakan untuk memutuskan sama ada untuk melakukan kegiatan luar seperti berlari-lari anak.

Secara keseluruhannya sebanyak 196 tompok panas dikesan, yang kebanyakannya di wilayah-wilayah Riau, Jambi, Sumatera Selatan dan Lampung di Indonesia, berbanding 238 pada Rabu.

NEA menyatakan keadaan berjerebu sedikit boleh dijangkakan sepanjang hari ini.

Bacaan PSI 24-jam diramalkan antara sederhana dengan bahagian rendah bagi julat tidak sihat.

Bagi bacaan PM2.5 sejam sepanjang 24 jam akan datang, ia diramalkan kekal dalam lingkungan normal dan mungkin mencecah paras tinggi sedikit jika jerebu dari rantau sekeliling ditiup angin ke sini. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan