Images
  • heng swee keat (1)
    Menteri Kewangan Heng Swee Keat. (Gambar: TODAY)

Tingkatkan penyusunan semula ekonomi, gesa Heng Swee Keat

WASHINGTON: Singapura perlu meningkatkan lagi usaha menyusun semula ekonomi di tengah-tengah pertumbuhan yang lebih perlahan di negara ini dan seluruh dunia.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata demikian kepada para wartawan di akhir mesyuarat Bank Sedunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington.

Mesyuarat-mesyuarat itu diadakan di tengah-tengah ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, yang menjejas perdagangan sedunia serta pertumbuhan ekonomi.

IMF sudah menurunkan ramalan ekonomi sejagatnya dari 3.5 peratus kepada 3.3 peratus.

Encik Heng berkata lebih banyak pihak kini mengakui bahawa pertikaian perdagangan perlu dihuraikan dengan cepat agar pertumbuhan ekonomi global dapat dipulihkan.

Minggu lalu, Singapura mengeluarkan unjuran awal Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) yang menunjukkan bahawa ekonomi negara tumbuh pada kadar lebih perlahan, iaitu 1.3 peratus.

Encik Heng akan melawat San Francisco pada Rabu (17 Apr).

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin perniagaan untuk memahami bagaimana mereka sedang membentuk semula perniagaan dalam persekitaran ekonomi digital. 

- CNA/AI/ai

Top