Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tingkatkan keyakinan terhadap vaksin COVID-19 melalui perhubungan jelas dan telus

Perhubungan yang jelas dan telus mengenai vaksin COVID-19 boleh membantu memupuk keyakinan awam dan memerangi berita-berita palsu dan salah maklumat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2021 06:43PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:46PM

SINGAPURA: Perhubungan yang jelas dan telus mengenai vaksin COVID-19 boleh membantu memupuk keyakinan awam dan memerangi berita-berita palsu dan salah maklumat.

Bercakap dalam satu perbincangan panel secara maya di Forum Ekonomi Sedunia dan "The Davos Agenda",
Ketua Saintis Kesihatan Tan Chorh Chuan berkata Singapura sedang mendekati orang-orang awam menerusi para pakar dan pemimpin masyarakat.

Langkah sedemikian kata Dr Tan, akan membantu meningkatkan kadar orang yang sedia menerima vaksin COVID-19.

Pada jangka masa panjang, pemerintah menjangkakan dengan lebih ramai orang menerima vaksin secara selamat, keyakinan akan meningkat di kalangan masyarakat dan kadar penerimaan akan mula naik dengan mendadak. 

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan