Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab dalam gangguan elektrik di tengah S'pura

Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab dalam kejadian bekalan elektrik yang terputus di beberapa kawasan tengah Singapura disebabkan kegagalan peralatan di pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan kuasa kepada Hotel Carlton.

Anggaran Waktu Membaca:
Tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab dalam gangguan elektrik di tengah S'pura

(Gambar: Facebook/Koh Poh Koon)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 10:56PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 11:05PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab dalam kejadian bekalan elektrik yang terputus di beberapa kawasan tengah Singapura disebabkan kegagalan peralatan di pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan kuasa kepada Hotel Carlton.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Koh Poh Koon berkata demikian dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (16 Feb).

Dr Koh berkata Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan juga bekerja rapat dengan syarikat bekalan elektrik SP Group dan pembekal peralatan untuk memastikan sistem bekalan tenaga di Singapura terus kukuh dan diyakini.

Dalam catatan Facebook itu lagi, Dr Koh berkata pihak berkuasa memandang serius gangguan elektrik yang berlaku dan SP Group berserta EMA akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden tersebut.

"EMA meyakinkan saya bahawa ia akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab bergantung kepada hasil siasatan tersebut," kata Dr Koh.

Bekalan elektrik di beberapa kawasan bandar termasuk Bugis, City Hall, Marina dan Somerset terganggu pada petang Khamis selama 12 minit.

Kegagalan peralatan di pencawang elektrik juga menyebabkan kebakaran di Hotel Carlton.

Tujuh stesen MRT di laluan Timur Laut - HarbourFront, Outram Park, Chinatown, Clarke Quay, Dhoby Ghaut, Boon Keng dan Potong Pasir juga terjejas meskipun khidmat kereta api berjalan seperti biasa.

Bekalan elektrik dapat dipulihkan di kebanyakan tempat menjelang 1.21 tengah hari tetapi hanya kembali sepenuhnya pada 6.50 petang.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan