Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiga lelaki ditahan, disyaki mengimport rokok tiruan

Polis memberkas tiga lelaki, berusia antara 41 hingga 49 tahun, kerana disyaki terlibat dalam mengimport rokok tiruan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga lelaki ditahan, disyaki mengimport rokok tiruan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 04:58PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 05:06PM

SINGAPURA: Polis memberkas tiga lelaki, berusia antara 41 hingga 49 tahun, kerana disyaki terlibat dalam mengimport rokok tiruan.

Pada 20 Mac lalu, Kastam Singapura merampas tiga kontena berisi rokok tiruan menyusuli notis yang diterima daripada pemegang hak perdagangan, kata polis dan kastam dalam satu kenyataan bersama hari ini (2 Jun).

Menurut kenyataan tersebut muatan berkenaan diimport ke Singapura sementara menunggu untuk dieksport semula ke negara lain.

Pemegang hak itu mengambil tindakan terhadap pengimport dan pihak lain menyusuli rampasan tersebut. Prosiding sivil sedang dijalankan.

Kes tersebut juga dirujuk ke Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

Pada 28 Mei, pegawai CID melakukan serbuan serentak di pelbagai lokasi termasuk Punggol Drive, Hillview Ave, Jalan Asas, Teck Whye Lane, Clementi Ave 2, Ang Mo Kio Ave 5, Bedok South Ave 3 dan Beach Road, yang membawa kepada penangkapan tiga lelaki yang disyaki.

Siasatan mendapati lelaki berkenaan mengimport lebih dari 1.5 juta bungkus rokok tiruan dalam ketiga-tiga kontena, dengan nilai pasaran dianggarkan berjumlah lebih S$1.1 juta.

Siasatan sedang dijalankan.

Polis menyatakan ia memandang serius pelanggaran hak milik harta intelektual, terutamanya yang berkaitan dengan barangan tiruan yang mungkin menimbulkan potensi risiko ke atas kesihatan.

Pengedaran dan import barang tiruan adalah kesalahan serius dan Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap pelaku yang meraih keuntungan dengan menyebabkan kerugian kepada perniagaan dan pengguna yang sah.

Sesiapa yang didapati bersalah mengimport atau mengedar barang dengan tanda dagangan yang palsu, boleh dikenakan denda maksimum S$100,000, atau hukuman penjara, hingga lima tahun, atau kedua-duanya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan