Images
  • grab spinoff
    Gambar fail. (Reuters/Edgar Su)

Tiga didakwa penipuan bayaran GrabHitch lebih S$40,000

SINGAPURA: Tiga lelaki didakwa pada Rabu (15 Mei) kerana bersubahat untuk menipu syarikat khidmat sewa kereta Grab lebih S$40,000 menerusi urus niaga palsu dengan para pemandu GrabHitch.

Ryan Wong Wei Zhi, 19 tahun, Chua Wei Beng, 21 tahun, dan Kenneth Ho Hong Wei, 22 tahun, dipercayai mendalangi sindiket penipuan pembayaran itu.

Demikian menurut polis yang memberkas 10 orang dalam operasi yang dijalankan di merata negara pada Isnin lalu.

Polis juga merampas beberapa telefon bimbit, kad debit dan alat USB semasa operasi tersebut.

Pada bulan lalu, Grab membuat laporan polis selepas mendapati kejanggalan pada akaun sesetengah pemandu GrabHitch.

Lebih 2,000 ribu urus niaga palsu bernilai lebih S$41,800 dikesan pada sekurang-kurangnya 13 akaun pemandu Grab antara Februari hingga April ini.

Dalam kenyataannya kepada Mediacorp, Grab menekankan pihaknya memandang serius perbuatan penipuan dan sedang bekerjasama dengan polis berhubung kes tersebut. 

- CNA/AI/TQ/tq

Top