Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiga diberkas berhubung kes gangguan tailong

Dua lelaki dan seorang wanita diberkas pada Rabu (12 Jun) dalam dua kes berasingan berkaitan gangguan tailong. Ini setelah sebuah kenderaan disimbah dengan cat dan sos tomato dicalit pada sebuah pintu pagar rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga diberkas berhubung kes gangguan tailong

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jun 2019 09:07AM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 09:08AM

SINGAPURA: Dua lelaki dan seorang wanita diberkas pada Rabu (12 Jun) dalam dua kes berasingan berkaitan gangguan tailong. Ini setelah sebuah kenderaan disimbah dengan cat dan sos tomato dicalit pada sebuah pintu pagar rumah.

Para pegawai polis telah pergi ke sebuah flat di Bedok North Avenue 4 setelah menerima laporan tentang sos tomato yang disimbah pada pintu pagar sebuah rumah. Lukisan grafiti juga didapati terconteng pada sebuah tembok di tangga bersebelahan unit berkenaan.

Menurut kenyataan media Pasukan Polis Singapura (SPF), serorang lelaki 31 tahun dan wanita 23 tahun ditahan para pegawai daripada Divisyen Polis Bedok.

Para pegawai merampas sebotol sos tomato, pena penanda hitam dan telefon bimbit sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Satu lagi kejadian berlaku di Ang Mo Kio Avenue 4. Polis menerima laporan cat disimbah ke sebuah kenderaan yang turut ditampal "nota-nota berkaitan tailong".

Lelaki berusia 46 tahun diberkas dalam satu operasi bersama antara Jabatan Siasatan Jenayah dengan Divisyen Polis Ang Mo Kio.

"Siasatan awal mendedahkan lelaki itu dipecayai terbabit dalam sekurang-kurangnya dua lagi kes gangguan tailong," menurut polis.

Ketiga-tiganya akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.

Pesalah kali pertama yang didapati bersalah melakukan gangguan tailong boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga lima tahun dan dikenakan sebatan rotan.

SPF menyatakan: "Polis bertindak setegas-tegasnya terhadap gangguan tailong."

"Mereka yang sengaja merosakkan harta benda atau menyebabkan gangguan kepada keamanan serta keselamatan awam akan ditangkap dan dihukum dengan tegas mengikut undang-undang.

"Orang awam dinasihatkan menjauhkan diri daripada tailong dan tidak bekerjasama atau membantu mereka dalam apa cara sekalipun." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan