Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Tidak realistik' bagi rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan selesai dalam setahun

Menteri-menteri Pertahanan ASEAN berharap rundingan mengenai Kod Tata Laku di Laut China Selatan akan dipercepatkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Feb 2018 06:43PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 09:33PM

SINGAPURA: Menteri-menteri Pertahanan ASEAN berharap rundingan mengenai Kod Tata Laku di Laut China Selatan akan dipercepatkan.

Walaupun begitu, Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata adalah tidak realistik untuk menjangkakan rundingan itu dapat diselesaikan dalam masa setahun.

Bercakap kepada media selepas pertemuan menteri-menteri ASEAN dengan rakan sejawatan mereka dari China, Dr Ng berkata "Kod mengenai Pertembungan tidak dijangka di lautan" sedang membuat kemajuan baik.

Beliau menambah ketua-ketua pertahanan ASEAN mengakui bahawa China adalah anggota yang amat diperlukan bagi kemantapan dan kemajuan di rantau ini.

Mereka juga akur bahawa penglibatan dengan China perlu ditingkatkan.

Dr Ng berkata: "Aspek praktikal kepada membina hubungan antara ASEAN dengan China, pada pendapat kami, adalah mengadakan latihan Maritim ASEAN-China seperti yang disarankan oleh China beberapa tahun lalu."

Menurut beliau lagi, kesemua 10 negara anggota ASEAN menerima undangan itu dan Singapura diberi tugas untuk menganjurkannya pada tahun ini.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan