Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tidak perlu kereta mewah, berjenama, teksi ComfortDelGro dijadikan kereta pengantin

Selain iringan kompang dan hadrah, kereta pengantin mungkin boleh dianggap salah satu perkara penting dalam perjalanan raja dan permaisuri sehari menuju ke jinjang pelamin.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak perlu kereta mewah, berjenama, teksi ComfortDelGro dijadikan kereta pengantin

(Gambar: Facebook/ComfortDelgro Taxi)

SINGAPURA: Selain iringan kompang dan hadrah, kereta pengantin mungkin boleh dianggap salah satu perkara penting dalam perjalanan raja dan permaisuri sehari menuju ke jinjang pelamin.

Lazimnya, kereta mewah dan yang baru menjadi pilihan.

Namun bagi seorang pengantin baru-baru ini, yang menjadi 'pedati' mereka di hari bahagia lain sedikit: sebuah teksi Comfort Ioniq.

Laman Facebook syarikat ComfortDelGro menulis pada Selasa (20 Apr) kisah Cik Syarinah Sani dan bagaimana beliau menjadikan teksi sebagai pilihan kereta kahwinnya bulan lalu.

Menurut syarikat tersebut, idea itu timbul daripada pakcik bakal pengantin perempuan itu, pemandu teksi Abdul Aziz Talibak.

Encik Abdul Aziz yang menawarkan teksinya sebagai kereta pengantin untuk membantu ringankan perbelanjaan.

"Saya menawarkan teksi saya sebagai kereta pengantin kepada anak saudara saya, kerana pada saya ia boleh bantu kurangkan perbelanjaan," kongsi Encik Aziz.

"Ia bukan kereta mewah, tapi baru berusia setahun, dan masih kelihatan baru."

(Gambar: Facebook/ComfortDelgro Taxi)

Lantaran itu, Encik Aziz meminta izin daripada syarikat pengendali teksi itu. ComFortDelgro pula mendapatkan kelulusan daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada hari yang sama, tulis syarikat itu.

Bagi Cik Syarinah, ia ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

"Saya begitu terkejut dan bersyukur apabila Pakcik Aziz tawarkan untuk kami gunakan teksinya. Malah beliau yang membayar untuk menghias teksi itu dan mencantikkannya untuk hari bahagia saya," kongsi beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan