Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tidak lama lagi anda hanya perlu bayar tol CIQ Johor ketika keluar dari M'sia

Kenderaan yang memasuki Malaysia melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru (CIQ) tidak lama lagi perlu membayar tol hanya apabila meninggalkan negara tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak lama lagi anda hanya perlu bayar tol CIQ Johor ketika keluar dari M'sia

Gambar fail.

Diterbitkan : 29 Jun 2018 04:52PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 04:54PM

SINGAPURA: Kenderaan yang memasuki Malaysia melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru (CIQ) tidak lama lagi perlu membayar tol hanya apabila meninggalkan negara tersebut.

Ini akan memastikan proses pelepasan ketika memasuki Malaysia "boleh bergerak lancar," tulis Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Andrew Chen dalam satu catatan Facebook hari ini (29 Jun).

Para pemandu akan dibenarkan memasuki Malaysia meskipun nilai kad Touch 'n Go mereka tidak mencukupi. Mereka boleh menokok kad tersebut di kios-kios di merata Malaysia sebelum meninggalkan negara berkenaan.

Langkah itu akan "mengatasi secara bertahap-tahap" kelengahan dan kesesakan disebabkan para pemandu yang meninggalkan kenderaan untuk menokok kad mereka sebelum membayar tol, tulis beliau.

Namun, tarikh pelaksanaan bagi perubahan itu tidak diumumkan.

Encik Chen selanjutnya menambah bahawa pada peringkat awal penguatkuasaan, para pemandu dengan nilai yang tidak mencukupi dalam kad Touch 'n Go ketika meninggalkan Malaysia, akan tetap dibenarkan menambah nilai di beberapa kaunter tertentu.

Bagaimanapun, mereka harus membayar denda, dedah beliau.

Papan tanda akan dipamerkan di CIQ bagi kenderaan yang masuk dan keluar dari Malaysia untuk memaklumkan para pemandu tentang perubahan itu.

"Dengan langkah ini, lalu lintas tentu sekali akan lebih lancar pada masa hadapan kerana tiada lagi penangguhan disebabkan mereka yang menokok nilai kad di bangunan CIQ," tulis beliau lagi.  

Sumber : CNA/SM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan