Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada yuran visa tambahan bagi pegawai GSA yang sertai umrah berulang kali dalam setahun

Agensi-agensi haji dan umrah (GSA) Singapura kini diberi pengecualian oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2017 07:24PM Dikemas Kini : 16 Feb 2017 09:06PM

SINGAPURA: Agensi-agensi haji dan umrah (GSA) Singapura kini diberi pengecualian oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Agensi-agensi itu kini tidak perlu membayar yuran visa tambahan untuk para pegawai GSA yang menyertai umrah kali kedua dan seterusnya dalam setahun.

Kelonggaran ini diberikan menyusuli maklum balas dari pihak GSA mengenai semakan yuran visa, yang dikenakan Oktober tahun lalu.

Bermula Oktober tahun lalu, pihak Arab Saudi mengenakan yuran tambahan sebanyak SR2,000 (S$800) bagi jemaah yang menunaikan umrah secara berulang dalam satu tahun Hijrah.

SEBELUM INI JEJAS PEGAWAI YANG BERULANG KALI PIMPIN JEMAAH

Selain menjejas sekitar 5 peratus jemaah umrah Singapura, semakan tersebut juga menjejas para pegawai GSA yang berulang kali memimpin jemaah ke Tanah Suci dalam masa setahun.

Namun, pihak Arab Saudi baru-baru ini memutuskan untuk memberi sedikit keringanan kepada pihak GSA di sini, dengan mengecualikan sesetengah pegawai berdaftar dari perlu membayar yuran tambahan itu.

Demikian didedahkan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Muslim (AMTAS) kepada pihak BERITA, semasa majlis memeterai perjanjian.

Majlis tahunan itu melantik syarikat ST&T untuk sebagai penyedia khidmat Bantuan Perubatan Kecemasan (EMA) bagi semua jemaah haji Singapura pada tahun 2017.

Presiden AMTAS, Ustaz TM Fouzy berkata: "Pihak kementerian haji di Saudi Arabia telah membuatkan pengecualian, kalaulah kita sebagai pegawai-pegawai yang telahpun memberikan nama mereka kepada pihak kementerian terlebih awal, maka mereka akan dikecualikan dari bayaran tambahan visa kerana mereka melakukan umrah buat kali kedua, ketiga."

TERHAD KEPADA 3 PEGAWAI BAGI SETIAP AGENSI

Bilangan pegawai yang diberi pengecualian bagi setiap GSA bergantung pada jumlah jemaah yang dikendalikan. Ia juga terhad kepada tiga pegawai bagi setiap agensi.

Pengurus Operasi Haji di Shahidah Travels, Mohd Yahya Mohd Said, berkata: "Jadi ini memudahkan kita sebab kita ulang alik ke Makkah dan Madinah setiap bulan. Jadi dengan adanya visa ini, kita tak perlu mengambil visa seperti sebelumnya, dan kita juga tak dikenakan bayaran SR2,000 sebab kita berulang dalam setahun."

Mustakimah Na'man, Pegawai Umrah & Haji di Shahidah Travels turut meluahkan rasa syukur dan berkata: "Dengan adanya visa percuma ini yang kita perolehi dari pihak Saudi, kita dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia.

"Sekiranya kita diperlukan untuk berangkat bila-bila masa sahaja, insyaAllah kita akan berangkat untuk demi menjaga kebajikan jemaah kita, insyaAllah, di sana."

AMTAS menambah, pengecualian itu berkuatkuasa mulai Januari ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan