Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada unsur 'mencurigakan' ditemui susuli aduan 'bunyi kuat' di Orchard, Bukit Timah: Polis

"Bunyi kuat" dilaporkan di beberapa bahagian merata Singapura pada Sabtu pagi (27 Apr) termasuk di Orchard Road dan Bukit Timah. Menyusuli siasatan polis di kawasan-kawasan tersebut, pihaknya mendapati "tiada apa yang mencurigakan". "Tiada kelainan mahupun kecederaan dilaporkan".

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada unsur 'mencurigakan' ditemui susuli aduan 'bunyi kuat' di Orchard, Bukit Timah: Polis

Flat HDB. (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 27 Apr 2019 06:14PM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 06:17PM

SINGAPURA: "Bunyi kuat" dilaporkan di beberapa bahagian merata Singapura pada Sabtu pagi (27 Apr) termasuk di Orchard Road dan Bukit Timah.

Menyusuli siasatan polis di kawasan-kawasan tersebut, pihaknya mendapati "tiada apa yang mencurigakan". "Tiada kelainan mahupun kecederaan dilaporkan".

Menurut catatan polis di Facebook, bunyi kuat tersebut didengar sekitar 11.30 pagi di beberapa tempat di Orchard and Bukit Timah.

Namun, beberapa pengguna Facebook mendakwa bunyi kuat turut kedengaran di beberapa bahagian lain di Singapura termasuk Toa Payoh, Marine Parade, Sembawang, Bukit Batok dan Tampines.

Encik Andy Wong, seorang penduduk di River Valley Close memberitahu Mediacorp bahawa beliau terdengar tiga letupan kuat antara 11.30 pagi hingga tengah hari.

Pengurus pemasaran berusia 44 tahun itu mendakwa kesan bunyi begitu kuat sehingga menggegarkan tingkap rumah beliau di tingkat 20.

"Saya berjalan ke tingkap dan menjangka akan melihat asap atau orang bertempiaran ... (namun) tiada apa-apa," kata Encik Wong.

Beliau menambah jiran-jirannya turut bertanya tentang bunyi tersebut.

Komen di catatan Facebook polis turut mendedahkan beberapa penduduk mendakwa mengalami perkara serupa.

"Ya, tiga kali ia berlaku di Marine Parade setakat ini. Ia disertai gegaran kuat ... jendela-jendela saya bergegar tiap kali!" kata Solomon De Albuquerque.

Sebilangan yang lain pula menyangka ia bunyi dentuman guruh.

"Saya sangkakan ia guruh dan terasa lantai bergegar sedikit," kata Trina Liu.

Seorang lagi pengguna Facebook, Loh Raymond menulis: "Turut terdengar di Queenstown, fikirkan ia guruh."

Polis menyatakan sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi hotline 1800 255 0000.

Maklumat boleh diserahkan secara online di www.police.gov.sg/iwitness atau menerusi aplikasi SGSecure.

Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah pihak polis. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan