Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada rancangan tambah ketinggian pintu platform stesen-stesen MRT atas tanah - Iswaran

Semua stesen MRT dipasang pintu skrin platform atau 'Platform Screen Doors' (PSDs) untuk mengelak para penumpang daripada terjatuh secara tidak sengaja ke landasan. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Semua stesen MRT dipasang pintu skrin platform atau 'Platform Screen Doors' (PSDs) untuk mengelak para penumpang daripada terjatuh secara tidak sengaja ke landasan.

Menteri Pengangkutan, S Iswaran juga berkata bahawa tiada rancangan untuk menambah ketinggian PSD di stesen-stesen atas tanah.

Jawapan tersebut dinyatakan Encik Iswaran sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat yang bertanya jika terdapat rancangan berbuat demikian menyusuli kejadian pada 2 Ogos lalu.

Pada 2 Ogos, khidmat kereta api antara stesen Ang Mo Kio dan Yishun terganggu setelah seorang penumpang wanita memanjat pintu PSD di platform stesen Yio Chu Kang lalu berjalan di landasan.

Menceritakan tentang kejadian itu, Encik Iswaran berkata selepas menilai situasi, Pusat Kawalan Operasi menghentikan khidmat kereta api dan mematikan bekalan kuasa elektrik sepanjang landasan kereta api.

"Kakitangan stesen bertindak dengan cepat dan memujuk penumpang itu untuk kembali ke platform stesen dengan selamat," kata Encik Iswaran.

Pada kesempatan itu, Encik Iswaran juga menyanjung para penumpang dan kakitangan SMRT atas tindakan mereka yang cepat dan berkesan semasa kejadian 2 Ogos itu.

Encik Saktiandi juga mengajukan soalan bagaimana protokol keselamatan dipertingkat bagi mengelak kejadian serupa berulang lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Encik Iswaran menegaskan bahawa keselamatan para penumpang adalah keutamaan paling penting.

Menurutnya, terdapat ciri-ciri keselamatan dan prosedur-prosedur bagi memastikan keselamatan penumpang.

Ini termasuk PSD untuk menghalang penumpang daripada jatuh ke landasan, telefon kecemasan untuk penumpang berkomunikasi dengan kakitangan SMRT serta 'Emergency Stop Plungers' (ESP) untuk menghentikan kereta api dalam waktu kecemasan.

Ketinggian pintu-pintu PSD di sini juga kata beliau, setara dengan PSD yang digunakan di bandar-bandar lain seperti Taipei dan Hong Kong.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan