Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada rakyat S'pura cedera akibat gempa di Taiwan, menurut MFA

Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menyatakan bahawa tiada rakyat Singapura yang cedera dalam kejadian gempa di Hualien, Taiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Feb 2018 07:41PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 09:26PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menyatakan bahawa tiada rakyat Singapura yang cedera dalam kejadian gempa di Hualien, Taiwan.

Jurucakap MFA mengatakan bahawa pihaknya sudahpun menghubungi semua rakyat Singapura di Taiwan yang berdaftar dengan laman MFA dan memastikan bahawa mereka yang berada di Hualien dalam keadaan selamat.

Sebelum ini, laporan-laporan awal dari Taiwan menyatakan bahawa 31 warga asing "terjejas" oleh gempa itu termasuk dua rakyat Singapura yang hadir di tempat perlindungan yang disediakan di sebuah stadium.

Pejabat Perdagangan Singapura di Taiwan kemudian memberitahu Mediacorp bahawa kedua-dua rakyat Singapura itu mengunjungi tempat perlindungan tersebut kerana mereka bimbang tentang keadaan di situ dan sudahpun meninggalkan stadium berkenaan.

MFA menasihati rakyat Singapura yang berada di Hualien supaya menjauhi tempat-tempat yang terjejas teruk dengan gempa bumi itu.

Mereka juga dinasihati supaya mengikuti perkembangan berita dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan itu lagi, Singapura menyampaikan ucap takziah kepada mangsa-mangsa bencana gempa itu.

Dalam pada itu, MFA menyatakan bahawa Singapura sedia menghulurkan bantuan jika perlu. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan