Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada lagi tambang pengangkutan dewasa bagi pelajar politeknik

Para pelajar politeknik dan diploma kini layak untuk membayar tambang konsesi. Ini adalah sebahagian daripada pengumuman Majlis Pengangkutan Awam (PTC) berhubung kenaikan tambang bas dan kereta api pada Selasa (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada lagi tambang pengangkutan dewasa bagi pelajar politeknik

Para penumpang di sebuah stesen kereta api. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 12:44PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 12:47PM

SINGAPURA: Para pelajar politeknik dan diploma kini layak untuk membayar tambang konsesi. Ini adalah sebahagian daripada pengumuman Majlis Pengangkutan Awam (PTC) berhubung kenaikan tambang bas dan kereta api pada Selasa (8 Okt).

Mereka kini menyertai para pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang sudahpun membayar tambang pengangkutan pada harga konsensi apabila menaiki bas, MRT dan LRT.

Tambang pengangkutan bagi pelajar itu akan memanfaatkan para penumpang yang mengambil kursus diploma atau menuntut di politeknik mulai 28 Disember.

Para pelajar yang mempunyai kad konsesi pelajar diploma hanya perlu membayar tambang konsensi yang dihadkan pada S$0.63 setiap perjalanan, berbanding tambang maksimum S$2.17 sekarang.

Sekarang, para pelajar perlu membayar harga dewasa menggunakan kad tersebut.

Lebih 80,000 pelajar politeknik dan diploma dijangka meraih manfaat daripadanya.

Pelajar politeknik juga layak mendapatkan kad konsesi nilai simpanan bulanan pelajar diploma dan tiga jenis pas konsesi pra-bayar iaitu Pas Konsesi Bas, Pas Konsesi Kereta Api dan Pas Konsesi Hibrid.

Menurut PTC, ia menawarkan harga konsesi secara bertahap-tahap kepada pelajar politeknik, misalnya, dengan mengurangkan harga ketiga-tiga pas pra-bayar hampir 50 peratus pada 2014 supaya ia sama dengan tambang yang dibayar oleh pelajar sekolah menengah.

Sebagai contoh, pas konsesi hibrid menawarkan perjalanan tanpa had dengan menaiki bas dan kereta api pada harga S$51.

Bagaimanapun, harga-harga pas itu akan dinaikkan mulai 28 Disember, sebagai contoh, kepada S$54 bagi pas hibrid.

Menjawab pertanyaan oleh Mediacorp, seorang jurucakap PTC berkata langkah untuk meluaskan penggunaan tambang konsesi pelajar kepada para pelajar politeknik dan diploma yang lain adalah "untuk menyelaraskan layanan terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, politeknik dan diploma." 

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan