Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada lagi risiko penularan batuk kering di prasekolah PCF Sparkletots Bukit Batok: MOH

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Selasa (17 Dis), tidak lagi ada risiko penularan batuk kering di prasekolah Bukit Batok setelah seorang pesakit dirawat bagi penyakit berjangkit itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada lagi risiko penularan batuk kering di prasekolah PCF Sparkletots Bukit Batok: MOH

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Dec 2019 10:42PM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 10:44PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Selasa (17 Dis), tidak lagi ada risiko penularan batuk kering di prasekolah Bukit Batok setelah seorang pesakit dirawat bagi penyakit berjangkit itu.

MOH dan Unit Kawalan Batuk Kering (TBCU) dimaklumkan pada 26 Nov mengenai satu kes batuk kering aktif di prasekolah PCF Sparkletots di Bukit Batok Blok 293.

Pesakit itu sudah mula menjalani rawatan dan diberi cuti sakit serta merta setelah diagnosis itu dilakukan, menurut MOH.

Menurut seorang jurucakap PCF Sparkletots, pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu oleh TBCU pada 10 Dis dan segera mengeluarkan surat kepada ibu bapa dua hari kemudian untuk memberitahu mereka mengenai keadaan tersebut dan menyediakan maklumat berhubung penyakit batuk kering.

Penyakit yang merebak menerusi titisan di udara itu lazimnya menjejas paru-paru, dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul.

Setakat 7 7Dis, terdapat 1,329 kes batuk kering dilaporkan di Singapura, menurut perangkaan dari MOH. Pada 2018 terdapat 1,565 kes batuk kering di Singapura.

Menurut jurucakap PCF Sparkletots, pihak TBCU menyatakan prasekolah itu tidak perlu ditutup. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan