Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada lagi khidmat tokokan Touch n Go di Koswe bagi mereka yang memandu ke Johor Bahru

Bagi mereka yang memandu ke Johor Bahru dari Singapura melalui Koswe, mereka tidak lagi boleh membuat tokokan pada kad Touch n Go mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada lagi khidmat tokokan Touch n Go di Koswe bagi mereka yang memandu ke Johor Bahru

Notis-notis yang memaklumkan para pemandu dan penumpang bahawa lorong Touch n Go akan ditutup mulai 13 Ogos. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 01:32PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 01:37PM

SINGAPURA: Bagi mereka yang memandu ke Johor Bahru dari Singapura melalui Koswe, mereka tidak lagi boleh membuat tokokan pada kad Touch n Go mereka.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa (14 Ogos), Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan, Mazlan Buang, berkata: "Khidmat tokokan Touch n Go sudah ditiadakan daripada kaunter-kaunter bagi kenderaan dari Woodlands ke Bangunan Sultan Iskandar.

"Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik yang disebabkan oleh para pemandu yang mahu menokok kad mereka. Khidmat itu masih disediakan bagi kenderaan yang menuju ke Woodlands dari Johor Bahru."

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial pada Selasa menunjukkan notis-notis ditampal di pondok-pondok imigresen, yang memaklumkan para pemandu dan penumpang bahawa lorong Touch n Go akan ditutup mulai 13 Ogos.

Menurut memo berasingan yang diedarkan oleh pengendali lebuh raya PLUS, khidmat tokokan di zon kereta tidak lagi disediakan.

Sungguhpun demikian, khidmat tokokan di zon lori dan bas yang menuju ke Johor Bahru masih beroperasi.

"Kami hanya akan membantu para pemandu yang berdepan dengan isu tidak cukup baki dalam kad Touch n Go mereka," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan