Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada kegiatan berat bagi rekrut baru, NSmen selama 2 minggu setelah divaksin

Para anggota baru Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) dan askar kerahan (NSmen) yang berkemungkinan menjalani aktiviti fizikal yang berat tidak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti sedemikian selama dua minggu setelah disuntik vaksin mRNA COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kegiatan berat bagi rekrut baru, NSmen selama 2 minggu setelah divaksin

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 09:41AM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 09:45AM

SINGAPURA: Para anggota baru Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) dan askar kerahan (NSmen) yang berkemungkinan menjalani aktiviti fizikal yang berat tidak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti sedemikian selama dua minggu setelah disuntik vaksin mRNA COVID-19.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan pada Khamis (15 Jul) bahawa langkah tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MINDEF menyatakan: "Selari dengan saranan negara, MINDEF dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menguruskan kegiatan para kakitangan kami supaya mereka tidak melakukan aktiviti berat selama sekurang-kurangnya seminggu setelah menerima dos vaksin mRNA yang pertama dan kedua.

"Bagi rekrut baru dan anggota kerahan NSmen, yang lebih berkemungkinan melakukan kegiatan fizikal yang berat disebabkan oleh peralihan mereka daripada warga biasa kepada kehidupan tentera, tempoh dua minggu tanpa kegiatan berat turut akan dilaksanakan selepas mereka menerima dos vaksin mRNA COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga."

Vaksin mRNA COVID-19 di bawah program vaksinasi negara secara sukarela itu adalah vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Kementerian Kesihatan (MOH) sebelum ini menasihatkan para individu supaya mengelakkan kegiatan fizikal yang berat setelah menerima suntikan dos pertama dan kedua vaksin COVID-19.

Aktiviti-aktiviti itu termasuk berenang, mengayuh basikal, mengangkat berat, dan bermain bola dan permainan raket.

Acara sukan kompetitif dan pendidikan jasmani juga tersenarai dalam makluman itu.

Meskipun berisiko rendah namun ketara berdasarkan statistik dan boleh berlaku miokarditis dan perikarditis, jenis-jenis penyakit jantung yang dialami selepas para individu menerima suntikan dos pertama dan kedua vaksin mRNA, menurut jawatankuasa pakar vaksinasi COVID-19 pada 5 Julai.

Kementerian Pendidikan (MOE) juga menyatakan bahawa sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi telah mengecualikan para pelajar daripada kegiatan fizikal selama seminggu selepas menerima dos pertama dan kedua vaksin sejak lewat Jun, apabila sekolah-sekolah dibuka semula selepas cuti sekolah pertengahan tahun.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan