Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada dana besar dari individu, syarikat Myanmar dalam bank S'pura

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pada Selasa (23 Feb) bahawa pemantauannya terhadap sistem perbankan di sini tidak menemui "jumlah dana yang ketara" daripada para individu mahupun syarikat-syarikat dari Myanmar dalam bank-bank tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada dana besar dari individu, syarikat Myanmar dalam bank S'pura

(Gambar: REUTERS/Stringer)

Diterbitkan : 24 Feb 2021 08:24AM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 08:26AM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pada Selasa (23 Feb) bahawa pemantauannya terhadap sistem perbankan di sini tidak menemui "jumlah dana yang ketara" daripada para individu mahupun syarikat-syarikat dari Myanmar dalam bank-bank tempatan.

Tentera Myanmar merampas kuasa awal bulan ini dan menahan para pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) atas dakwaan berlaku penipuan dalam pilihan raya tahun lalu yang dimenangi oleh NLD.

Beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sejak beberapa hari kebelakangan ini mengenakan sekatan terhadap tentera Myanmar atas rampasan kuasa itu, termasuk membekukan aset dan mengenakan larangan perjalanan ke atas sebilangan pemimpin tentera.

"MAS menjangkakan institusi-institusi kewangan akan terus berwaspada terhadap sebarang urus niaga yang boleh menimbulkan risiko, termasuk berurusan dengan syarikat-syarikat dan para individu yang dikenakan sekatan kewangan oleh bidang kuasa asing," menurut penguasa tersebut semasa menjawab pertanyaan mengenai dana dari syarikat dan individu Myanmar dalam bank-bank di Singapura.

"MAS juga menjangkakan institusi-institusi kewangan di Singapura, seperti biasa, akan mematuhi peraturan MAS yang melaksanakan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berwaspada terhadap aliran dana yang mungkin terkait dengan kegiatan haram."

Pengawal selia itu turut mendedahkan bahawa pihaknya "menyelia dengan teliti" institusi-institusi kewangan untuk memastikan proses-proses yang ditetapkan akan terus dipatuhi dan ia akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sesuai jika terdapat salah laku yang serius.

Sumber : CNA/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan