Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada bayaran ERP di sesetengah gantri CTE semasa cuti sekolah Dis

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (20 Nov) menyatakan bahawa tiada Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di sesetengah gantri di CTE semasa waktu-waktu tertentu bagi tempoh musim cuti sekolah Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada bayaran ERP di sesetengah gantri CTE semasa cuti sekolah Dis

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 20 Nov 2020 09:06PM Dikemas Kini : 20 Nov 2020 09:09PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (20 Nov) menyatakan bahawa tiada Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di sesetengah gantri di CTE semasa waktu-waktu tertentu bagi tempoh musim cuti sekolah Disember.

Kadar yang diubah itu akan menjejas CTE yang menghala ke bahagian selatan sebelum Braddell Road dan empat gantri di CTE yang menghala ke bahagian selatan selepas Braddell Road dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) yang menuju ke selatan CTE.

Perubahan-perubahan itu akan berkuat kuasa mulai Isnin hingga 3 Jan tahun depan, menurut LTA.

Waktu-waktu itu adalah seperti berikut:

Kadar-kadar bagi tempoh waktu lain di gantri yang diumumkan sebelum ini akan kekal tidak berubah, tambah LTA.

Bayaran ERP akan kembali kepada kadar sebelum musim cuti sekolah mulai 4 Jan, kerana 1 Jan adalah cuti umum.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan