Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada bahan berbahaya dalam 'bungkusan mencurigakan' yang dikirim kepada Straits Times

"Bungkusan mencurigakan" yang dihantar ke bilik berita The Straits Times (ST) tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada petang Jumaat (2 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada bahan berbahaya dalam 'bungkusan mencurigakan' yang dikirim kepada Straits Times

Para kakitangan Pasukan Pertahanan Awam Singapura di luar bangunan Singapore Press Holdings pada 2 November.

Diterbitkan : 02 Nov 2018 11:16PM Dikemas Kini : 02 Nov 2018 11:17PM

SINGAPURA: "Bungkusan mencurigakan" yang dihantar ke bilik berita The Straits Times (ST) tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada petang Jumaat (2 Nov).

SCDF menyatakan ia dimaklumkan mengenai sekeping sampul surat yang mencurigakan, yang menurut ST dikirimkan dari luar negeara ke bilik beritanya.

Sampul surat itu didapati beralamat kepada "The Straights Times" dan mengandungi beberapa muka surat dengan kandungan yang kurang jelas.

"Sejurus selepas tiba di tempat kejadian, para pegawai SCDF mengepung kawasan itu dan meletakkan sampul surat tersebut di dalam sebuah bekas tertutup," menurut SCDF menerusi catatan di laman Facebooknya pada sekitar 7.30 malam.

"Pakar-pakar Hazmat SCDF menjalankan beberapa ujian terhadap sampul surat itu, dan tiada sebarang bahan berbahaya dikesan."

SCDF menambah bahawa pihaknya sudah melakukan langkah menghapuskan kecemaran di pejabat di mana sampul surat itu dibuka dan kawasan-kawasan berhampiran sebagai langkah pencegahan.

Pihak polis, yang dimaklumkan mengenai kes itu pada pukul 4.20 petang, mengklasifikasikan kes itu sebagai sengaja mencetuskan kebimbangan dan sedang menyiasat kes tersebut.

ST sebelum ini melaporkan bahawa tiga kakitangannya berasa pening setelah menyentuh surat tersebut.

Mereka sudahpun diperiksa oleh seorang pegawai paramedik dan didapati berada dalam keadaan sihat. SCDF juga mengarahkan mereka supaya mandi dan menukar pakaian mereka.

Bahan mencurigakan itu juga sudah diserahkan kepada polis, menurut SCDF.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan