Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada alasan larang ST Marine daripada sertai tender bot peronda: Indranee Rajah

Kontrak-kontrak berkaitan pemerintah perlu ada satu "hubungan penting" sebelum sebarang larangan boleh diusulkan dan dikenakan. Atas sebab itu, kemenangan tender ST Marine untuk menyediakan 12 bot peronda bagi Polis Pengawal Pantai dibenarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada alasan larang ST Marine daripada sertai tender bot peronda: Indranee Rajah
Diterbitkan : 02 Apr 2019 12:00AM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 12:07AM

SINGAPURA: Kontrak-kontrak berkaitan pemerintah perlu ada satu "hubungan penting" sebelum sebarang larangan boleh diusulkan dan dikenakan. Atas sebab itu, kemenangan tender ST Marine untuk menyediakan 12 bot peronda bagi Polis Pengawal Pantai dibenarkan.

Demikian kata Menteri Kewangan Kedua Indranee Rajah semasa berucap di Parlimen pada Isnin (1 Apr).

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan undi, Leon Perera, bertanya kepada Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen mengapa Jawatankuasa Tetap mengenai Larangan (SCOD) kementeriannya tidak melanjutkan larangan tender untuk kontrak-kontrak pemerintah, kepada kes-kes melibatkan syarikat yang pegawai eksekutif kanannya disabit dengan kesalahan jenayah rasuah dalam kontrak-kontrak sektor swasta.

Dalam responsnya, Cik Indranee berkata, rasuah adalah satu kesalahan dan para syarikat mahupun individu yang telah melakukan kesalahan tersebut akan dihukum mengikut sistem undang-undang.

Tambah Cik Indranee, larangan daripada penyertaan dalam kontrak-kontrak pemerintah adalah "berasingan dan berbeza" daripada prosiding mahkamah dan ia mempunyai tujuan yang berlainan.

"Larangan adalah satu prosedur pentadbiran oleh Pemerintah untuk melindungi kepentingan Pemerintah sebagai pembeli perkhidmatan, daripada mereka yang telah menyebabkan kemudaratan langsung atau kerugian kepada Pemerintah. Ia tidak menduplikasi fungsi pengadilan atau hukuman mahkamah," terang Cik Indranee.

Dalam kes melibatkan bekas pegawai-pegawai ST Marine yang disabit kesalahan rasuah, Cik Indranee berkata, siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) "tidak mendedahkan sebarang kaitan dengan agensi atau kontrak pemerintah, lantaran itu, situasi yang membolehkan larangan dicadangkan di bawah penetapan dasar tidak timbul".

Beliau menarik perhatian kesalahan-kesalahan yang dilakukan para bekas pegawai eksekutif ST Marine itu adalah antara tahun 2000 dengan 2011. Ini bermakna, kes paling akhir berlaku lapan tahun lalu. Syarikat itu sudahpun memberhentikan mereka antara 2004 dengan 2014.

"ST Marine, sebuah entiti undang-undang berasingan, tidak menghadapi sebarang dakwaan atau sabitan bersalah ke atasnya," kata Cik Indranee.

Tambah Cik Indranee lagi, lembaga pengarah baru ST Marine juga dilantik sejak Ogos 2018 manakala tender bagi Polis Pengawal Pantai pula dianugerahkan pada November tahun yang sama.

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan