Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

The Online Citizen diarah berhenti terbit rencana

Laman berita alternatif The Online Citizen (TOC) diarahkan supaya berhenti menerbitkan rencana di laman dan saluran media sosialnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2021 07:51PM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 10:04PM

SINGAPURA: Laman berita alternatif The Online Citizen (TOC) diarahkan supaya berhenti menerbitkan rencana di laman dan saluran media sosialnya.

TOC juga mesti berhenti memuat naik kandungan ke laman internetnya bermula 3.00 petang lusa.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah menggantung lesen TOC selepas ia gagal mengisytiharkan sepenuhnya sumber pembiayaannya, walaupun sudah diberi peringatan dan pelanjutan tempoh.

Menurut IMDA, TOC belum memberikan sebarang alasan munasabah mengapa ia tidak mematuhi peraturan meskipun setelah diberikan "peluang terakhir" untuk melakukannya sebelum 13 September.

Satu isu penting adalah rangka kerja langganan TOC yang membolehkan pelanggannya mendapatkan artikel jika mereka membiayai laman tersebut.

IMDA menyatakan ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh menjadi sumber pengaruh asing.

Namun, TOC tidak menyatakan aturan tersebut dalam perisytiharan pembiayanya.

Sebaliknya, menurut IMDA, TOC mengeluarkan respons setelah tarikh akhir berlalu, menawarkan untuk berikan "perisytiharan yang diperlukan" hanya jika pihak berkuasa tidak menyiasat lebih lanjut rangka kerja langganannya.

Lesen penerbitan TOC mungkin ditarik balik jika ia tidak memenuhi sepenuhnya arahan yang dikenakan sebelum 28 September ini.

Jika ia berlaku, TOC tidak dibenarkan mengendalikan sebarang khidmat penyiaran online.

IMDA juga mungkin menyekat akses khidmat TOC dan pihak berkuasa memberi amaran ia adalah satu kesalahan jenayah jika TOC terus mengendalikan khidmatnya.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan