Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tharman: Uruskan saingan China-Amerika faktor utama tangani kemelesetan seterusnya

Masalah kemelesetan hanya boleh ditangani jika isu-isu jangka panjang seperti persaingan strategik antara Amerika Syarikat dengan China diatasi, kata Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam pada Khamis (21 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Tharman: Uruskan saingan China-Amerika faktor utama tangani kemelesetan seterusnya

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam berucap di Forum Ekonomi Baru di Beijing. (Gambar: Forum Ekonomi Baru)

Diterbitkan : 21 Nov 2019 09:12PM Dikemas Kini : 21 Nov 2019 09:19PM

BEIJING: Masalah kemelesetan hanya boleh ditangani jika isu-isu jangka panjang seperti persaingan strategik antara Amerika Syarikat dengan China diatasi, kata Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam pada Khamis (21 Nov).

"Masalah utamanya adalah menguruskan persaingan strategik antara Amerika Syarikat dengan China, dengan persaingan teknologi dan kemungkinan rangkaian bekalan dwicabang menjadi dimensi paling penting," kata Encik Tharman semasa perbincangan panel di Forum Ekonomi Baru di Beijing.

"Jika kita tidak menyelesaikan masalah itu, ia akan menjadi sangat sukar untuk menghuraikan masalahkan ekonomi asas yang membuat kitaran ini dalam bahaya kemelesetan," ujarnya lagi.

Isu sebenar sekarang, kata Encik Tharman, bukanlah kemelesetan seterusnya tetapi faktor-faktor asas termasuk pelaburan privet yang lemah serta kelembapan dalam pertumbuhan inovasi dan daya pengeluaran.

"Jika kita berakhir dengan dunia dipenuhi teknologi dwicabang, piawai dan rangkaian bekalan, ia akan menjadi sebuah dunia kurang inovasi, kurang dinamik," jelas Encik Tharman.

Namun, menganggap jangka panjang sebagai sentiasa jangka pendek, adalah "salah pada dasarnya".

"Huraian kepada masalah yang kita hadapi hari ini bukanlah tentang lebih banyak wang, baik dari segi fiskal mahupun suntikan kewangan," tekan Encik Tharman.

"Ia adalah tentang keyakinan dan inovasi. Saya rasa mengikut mana-mana langkah, dalam ekonomi-ekonomi matang dan membangun, terdapat ruang besar bagi pelaburan yang masih belum dimanfaatkan."

Peluang termasuk bidang-bidang seperti perubahan iklim, prasarana digital dalam ekonomi matang serta negara membangun.

Komen Encik Tharman dibuat di tengah-tengah potensi perjanjian fasa pertama antara Beijing dengan Washington yang terikat dalam perang dagang sejak lebih setahun lalu.

Kedua-dua negara itu juga menyaksikan ketegangan berhubung Hong Kong, Taiwan, Laut China Selatan dan dalam hal berkaitan teknologi.

Selain persaingan strategik China-AS, Encik Tharman menambah kejutan berpotensi lain dalam kemelesetan seterusnya termasuk pembangunan di Timur Tengah dan sama ada keadaan politik semasa boleh bertindak balas kepada kebimbangan sosial.

Forum Ekonomi Baru dilancarkan oleh hartawan media Amerika Syarikat, Michael Bloomberg pada 2018 untuk mempromosikan kerjasama dengan China.

Edisi kedua menyaksikan penyertaan 500 pemimpin pemerintah dan perniagaan selain ahli akademik.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan