Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tharman dalam 'senarai pendek awal' jawatan tertinggi IMF: Laporan

 Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dilaporkan dalam kalangan calon yang disenarai pendek untuk menggantikan Christine Lagarde selaku Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), lapor New York Times (NYT) pada Rabu (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Tharman dalam 'senarai pendek awal' jawatan tertinggi IMF: Laporan

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 04 Jul 2019 02:02PM Dikemas Kini : 04 Jul 2019 02:04PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dilaporkan dalam kalangan calon yang disenarai pendek untuk menggantikan Christine Lagarde selaku Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), lapor New York Times (NYT) pada Rabu (3 Jul).

Spekulasi mengenai penyandang jawatan tertinggi IMF semakin kuat sejak Cik Lagarde mengumumkan pada Selasa bahawa beliau akan melepaskan jawatannya buat sementara waktu setelah dicalonkan sebagai presiden Bank Pusat Eropah (ECB).

Encik Tharman juga merupakan Menteri Penyeleras bagi Dasar Sosial dan menasihati Perdana Menteri mengenai dasar-dasar ekonomi.

Menurut NYT, mantan perdana menteri Singapura itu - yang pernah menjadi pengerusi IMF dan Jawatankuasa Kewangan "muncul dalam senarai pendek awal".

Nama-nama lain dalam senarai pendek itu, lapor NYT, termasuk Agustín Carstens, mantan timbalan pengarah urusan IMF; Mohamed El-Erian, mantan ketua eksekutif Pimco; dan Mark Carney, gabenor Bank England yang bakal mengundurkan diri.

Bagaimanapun, laporan NYT tidak menyatakan sumber maklumat tersebut.

Pencalonan Cik Lagarde sebagai presiden ECB mendorong IMF untuk melakukan pencarian awal bagi seorang pemimpin baru di tengah-tengah
peperangan perdagangan yang kian memuncak yang menggelapkan prospek pertumbuhan sejagat.

Cik Lagarde dalam satu pengumuman ringkas berkata beliau "berbesar hati" dengan pencalonan itu dan akan melepaskan tugasnya buat sementara waktu sebagai pengarah urusan IMF semasa tempoh pencalonan.

Pelantikan beliau tertakluk kepada persetujuan oleh Parlimen Eropah yang berpecah-belah. Jika diluluskan, Cik Lagarde akan mengambil alih sebagai presiden ECB daripada Mario Draghi pada 31 Oktober nanti.

Peranan ketua IMF secara tradisinya disandang oleh warga Eropah sementara jawatan teratas Bank Dunia pula dipegang oleh warga Amerika.

Walaupun negara-negara pasaran yang sedang pesat membangun sudah lama menggesa supaya lebih banyak perwakilan dalam badan-badan kewangan penting mencerminkan kehadiran mereka yang lebih besar dalam ekonomi global, pemilihan David Malpass awal tahun ini untuk memimpin Bank Dunia, iaitu institusi IMF, menunjukkan peraturan tidak bertulis itu masih wujud.

Penggal kedua selama lima tahun Cik Lagarde selaku pengarah urusan IMF hanya akan berakhir pada Julai 2021.

Dalam satu kenyataan, lembaga IMF menyatakan ia menerima keputusan Cik Lagarde untuk melepaskan jawatan buat sementara dan menamakan timbalan pengarah urusan Pertama IMF David Lipton sebagai pemangku ketua IMF sambil meluahkan "keyakinan penuh" terhadap ahli ekonomi warga Amerika itu.  

Sumber : CNA/Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan