Tharman akan pengerusikan bersama panel G20 mengenai kesediaan dan respons pandemik
Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam akan mempengerusikan bersama sebuah Panel G20 yang baru mengenai pembiayaan bagi kesediaan serta respons terhadap pandemik.
SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam akan mempengerusikan bersama sebuah Panel G20 yang baru mengenai pembiayaan bagi kesediaan serta respons terhadap pandemik.
Panel Bebas Peringkat Tinggi itu akan menilai sistem pembiayaan sedia ada dan menyarankan huraian jangka panjang.
Ia ditugaskan untuk mengenal pasti jurang dalam sistem pembiayaan yang digunakan untuk mencegah, memantau, membuat persiapan dan memberikan respons terhadap pandemik.
Ia akan menyarankan huraian jangka panjang untuk mengatasi jurang tersebut dengan cara yang sistematik dan mampan.
Encik Tharman akan mempengerusikannya bersama mantan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Lawrence Summers serta mantan Menteri Luar dan Kewangan Nigeria Okonjo-Iweala.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.