Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Thaipusam diraikan dengan penuh warna-warni, dimeriahkan lagi dengan muzik tradisional

Hampir 9,000 penganut Hindu mengambil bahagian dalam sambutan Thaipusam yang diwarnai dengan pelbagai acara perarakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2019 08:11PM Dikemas Kini : 22 Jan 2019 01:56AM

SINGAPURA: Hampir 9,000 penganut Hindu mengambil bahagian dalam sambutan Thaipusam yang diwarnai dengan pelbagai acara perarakan.

Ini merupakan kali pertama muzik tradisional dibenarkan dalam perarakan Thaipusam sejak 1973. Sebelum ini, muzik yang dimainkan secara langsung dilarang.

Perarakan mula dari lewat semalam (20 Jan), meliputi meliputi jalan raya sepanjang tiga kilometer antara kuil Sri Srinivasa Perumal di Serangoon Road dan kuil Sri Thendayuthapani di Tank Road.

Acara tersebut dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu beserta beberapa pemimpin masyarakat lain.

"Apa yang menarik dan bermakna bagi saya adalah begitu ramai orang yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum di sini yang memberikan gambaran kepada kita tentang betapa pentingnya sambutan ini kepada para penganut Hindu di samping memberi peluang kepada kita untuk saling memahami dan menghormati cara ia diraikan," kata Cik Fu.

"Melalui pemerhatian dan interaksi secara dekat ini, kita mampu mengukuhkan kepercayaan antara satu sama lain." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan