Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tetapkan harga, kongsi pasaran; 13 pembekal ayam segar didenda S$26.9 juta

13 syarikat pembekal ayam segar yang terlibat dalam menetapkan harga dan berkongsi pasaran didenda S$26.9 juta - iaitu denda paling tinggi yang pernah dikenakan oleh Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) bagi satu-satu kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Tetapkan harga, kongsi pasaran; 13 pembekal ayam segar didenda S$26.9 juta

(Gambar: Jimin Lai/AFP)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 03:25PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 03:30PM

SINGAPURA: 13 syarikat pembekal ayam segar yang terlibat dalam menetapkan harga dan berkongsi pasaran didenda S$26.9 juta - iaitu denda paling tinggi yang pernah dikenakan oleh Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) bagi satu-satu kes.

Menurut CCS, para pembekal itu berbincang dan menyelaraskan jumlah serta masa untuk menaikkan harga antara 10 sen hingga 30 sen bagi setiap kilogram ayam segar, bagi sekurang-kurangnya tujuh kali selama hampir tujuh tahun. Mereka juga bersetuju untuk tidak bersaing antara satu sama lain dan merampas pelanggan masing-masing.

Secara keseluruhannya, 13 syarikat itu membekalkan lebih 90 peratus produk ayam segar di Singapura dan meraih pendapatan sekitar S$500 juta setiap tahun.

CCCS menyatakan jumlah denda yang besar dikenakan ekoran tindakan syarikat-syarikat itu berpakat menentukan harga yang "amat serius" serta jangka masa pakatan yang lama. Ia juga mengambil kira faktor-faktor lain seperti memiliki bahagian besar pasaran ayam segar dan saiz industri tersebut.

Para pembekal juga diminta menyediakan surat perjanjian bertulis untuk tidak menggunakan Persatuan Peniaga Ayam Itik atau persatuan industri lain sebagai platform bagi kegiatan-kegiatan anti-persaingan.

13 pembekal itu adalah Gold Chic Poultry Supply dan syarikat Hua Kun Food Industry; serta Hy-fresh Industries; Kee Song Food Corporation; Ng Ai Food Industries; Sinmah Poultry Processing; Toh Thye San Farm; dan syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kumpulan syarikat Lee Say Group and Tong Huat Group.

Kes itu terbongkar hasil aduan pekerja salah seorang daripada 13 syarikat pembekal itu, kata timbalan pengarah CCCS bagi perniagaan dan ekonomi, Kong Weng Loong. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan