Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tesla ambil pekerja penyenggaraan di S'pura

Syarikat Tesla mengiklankan jawatan kerja bagi kakitangan penyenggaraan di Singapura, sebuah negara yang sebelum ini dikritik oleh Ketua Eksekutif Elon Musk sebagai tidak menyokong penggunaan kenderaan elektrik.

Anggaran Waktu Membaca:
Tesla ambil pekerja penyenggaraan di S'pura

Gambar fail kereta Tesla di sebuah ruang pameran di Korea Selatan (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Jul 2020 07:31PM Dikemas Kini : 23 Jul 2020 07:36PM

SINGAPURA: Syarikat Tesla mengiklankan jawatan kerja bagi kakitangan penyenggaraan di Singapura, sebuah negara yang sebelum ini dikritik oleh Ketua Eksekutif Elon Musk sebagai tidak menyokong penggunaan kenderaan elektrik.

Senarai lima jawatan pekerjaan di Singapura di laman rangkaian profesional LinkedIn umumnya adalah dalam bidang penyenggaraan dan pembaikan, seperti juruteknik penyenggaraan dan penasihat alat ganti.

Tempat pengambilan pekerja baru di Singapura itu tidak dinyatakan, begitu juga sama ada syarikat pembuat kenderaan dari Amerika Syarikat itu mempunyai sebarang pekerja di negara ini.

Tesla tidak menjawab permintaan untuk mengulas tentang rancangannya di Singapura.

Singapura adalah salah satu negara termahal di dunia untuk membeli kereta dan tidak mempunyai banyak kenderaan elektrik. Matlamatnya adalah untuk secara bertahap-tahap beralih kepada kenderaan petrol dan diesel sepenuhnya menjelang 2040, dan meningkatkan usaha ke arah pertukaran kepada kuasa elektrik untuk mengurangkan gas rumah hijau dan memperlahankan perubahan iklim.

Dua tahun lalu, Encik Musk menjawab permintaan seorang peminat Tesla di Singapura untuk mengedarkan kenderaan itu di sini. "Kami cuba, tetapi pemerintah Singapura tidak menyokong kenderaan elektrik," tulis Encik Musk di Twitter.

Tidak seperti pembuat kenderaan tradisional, Tesla lebih cenderung menjual keretanya secara langsung melalui bilik pamerannya sendiri.

Pengedar tempatan Hong Seh Motors di laman webnya menyatakan bahawa pihaknya adalah satu-satunya peruncit kereta Tesla di Singapura. Pihaknya tidak menjawab permintaan untuk mengulas menerusi emel.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan