Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Terus kreatif & inovatif dampingi masyarakat, seru Masagos kepada MENDAKI

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli mengajak kakitangan Yayasan MENDAKI supaya merenung segala kejayaan dan pengorbanan generasi sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Terus kreatif & inovatif dampingi masyarakat, seru Masagos kepada MENDAKI

Kakitangan MENDAKI semasa upacara Memperingati Hari Kebangsaan (NDO). (Gambar-gambar: MENDAKI)

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli mengajak kakitangan Yayasan MENDAKI supaya merenung segala kejayaan dan pengorbanan generasi sebelum ini - termasuklah sumbangan para anggota pengasas badan diri itu - dalam membangunkan keupayaan MENDAKI dalam bidang pendidikan.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah MENDAKI, turut menggalak kakitangan badan tersebut supaya terus-menerus mencari cara-cara kreatif dan inovatif dalam mendampingi masyarakat, khususnya mereka yang kurang bernasib baik.

Kakitangan MENDAKI semasa upacara Memperingati Hari Kebangsaan (NDO). (Gambar-gambar: MENDAKI)

Encik Masagos Zulkifli yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air berucap demikian hari ini (2 Ogos) semasa memimpin upacara Memperingati Hari Kebangsaan (NDO) Singapura anjuran MENDAKI pagi tadi. Ini merupakan NDO pertama beliau selaku pengerusi MENDAKI.

Antara lain, beliau bersama-sama kakitangan MENDAKI menyanyikan lagu kebangsaan, melafazkan ikrar negara serta mendendangkan koleksi lagu-lagu patriotik sempena Hari Kebangsaan.

Kakitangan MENDAKI semasa upacara Memperingati Hari Kebangsaan (NDO). (Gambar-gambar: MENDAKI)

Seiring dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu "We Are Singapore" (Kitalah Singapura), kakitangan dan pihak pengurusan MENDAKI mengadakan lawatan ke taman ikonik, Taman Istana.

Kakitangan MENDAKI semasa upacara Memperingati Hari Kebangsaan (NDO). (Gambar-gambar: MENDAKI)

Mereka juga mengunjungi Galeri Warisan untuk mempelajari lebih banyak tentang sejarah negara dan bermuhasabah tentang maknanya menjadi rakyat Singapura. Pengalaman tersebut dianjurkan sejajar dengan semangat Raikan Ilmu yang diperjuangkan MENDAKI.

Ia adalah tambahan kepada kegiatan-kegiatan tahunan permainan dan nyanyian yang dianjurkan MENDAKI sempena meraikan Hari Kebangsaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan