Images
  • tunnel (1)
    (Gambar: Yayasan Temasek)

Terowong pembasmi kuman diuji di S'pura

SINGAPURA: Terowong pembasmi kuman sedang diuji di beberapa lokasi di Singapura termasuk kemudahan jagaan masyarakat di Singapore EXPO.

Yayasan Temasek menyatakan pakar-pakar masih menilai keberkesanan dan keselamatannya.

Apabila seseorang melalui terowong itu, bahan pembasmi kuman akan disembur ke arah individu itu.

Bahan tersebut sering digunakan dalam tisu basah dan syampu.

Namun, Temasek sedang meninjau penggunaan kimia lain dan bekerjasama dengan para pengkaji untuk menjalankan ujian sama ada sistem terowong itu dapat mengurangkan kuman.

Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) pula akan menilai sama ada bahan yang disemburkan tidak menjejas mata seseorang.

ST Engineering pula akan meninjau keberkesanannya dan sama ada bahan itu akan mendatang bahaya jika ia disedut.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- CNA/AA/ha

Top