Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Terbongkar! Bangkai cicak dalam paket IRVINS Salted Egg adalah dari premis yang sudah ditutup

Paket snek kulit ikan IRVINS Salted Egg yang mengandungi bangkai cicak dihasilkan di premis syarikat itu yang sudah menghentikan operasinya pada November lalu, menurut kenyataan oleh Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Isnin (11 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Terbongkar! Bangkai cicak dalam paket IRVINS Salted Egg adalah dari premis yang sudah ditutup

(Gambar: Facebook/Jane Holloway)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 11:28PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 11:30PM

SINGAPURA: Paket snek kulit ikan IRVINS Salted Egg yang mengandungi bangkai cicak dihasilkan di premis syarikat itu yang sudah menghentikan operasinya pada November lalu, menurut kenyataan oleh Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Isnin (11 Feb).

Cik Jane Holloway memuat naik gambar-gambar ke laman Facebooknya pada Disember, yang mengadu bahawa anggota keluarganya menjumpai bangkai cicak itu dalam paket tersebut. Satu permohonan maaf dimuat naik oleh IRVINS Salted Egg dan ditandatangani oleh pengasas bersama syarikat itu Encik Irvin Gunawan.

Menurut AVA dalam kenyataannya, ia menerima maklum balas mengenai produk terbabit pada Januari dan sudah memeriksa premis-premis IRVINS yang ada sekarang ini dan meminta syarikat itu supaya mempertingkatkan pemeriksaan mutu produknya.

Pemeriksaan-pemeriksaan itu termasuk menjalankan latihan semula secara kerap bagi para pengendali kawalan mutu, mendapatkan bahan-bahan daripada para pembekal yang bertauliah dan menjalankan audit secara kerap.

"IRVINS sudah melakukan peningkatan dalam sektor-sektor ini, serta sudah meningkatkan pemeriksaan ke atas hasil pengeluarannya. AVA akan terus menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan melakukan pemeriksaan penguatkuasaan," menurut AVA.

Mediacorp juga sudah menghubungi IRVINS Salted Egg untuk mendapatkan komen.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan