Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tepat, mudah, percuma: WhatsApp wadah baru BERITAmediacorp bantu cegah sebar berita palsu

Bagi mendampingi lebih ramai pembaca dan sekaligus membanteras penyebaran dan perkongsian maklumat palsu, BERITAmediacorp kini melancarkan khidmat baru menerusi platform kiriman mesej WhatsApp bermula hari ini (1 Sept).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Sep 2018 11:28AM Dikemas Kini : 01 Sep 2018 09:49PM
Petikan skrin contoh pesanan WhatsApp.



Khidmat WhatsApp BERITAmediacorp akan bermula selepas dua hari biasa setelah anda menghantarkan “JOIN” kepada nombor yang tertera di atas.

Bagi melindungi keselamatan data peribadi para pengguna, BERITAmediacorp mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC).

Data setiap pengguna akan digunakan hanya untuk khidmat menyampaikan berita sahaja. Para pengguna lain tidak akan dapat mengakses nombor telefon anda.

Para pengguna yang ingin menarik diri daripada khidmat ini hanya perlu menghantarkan “HENTI” kepada nombor yang sama dan mereka akan digugurkan daripada senarai pengguna kami dalam tempoh 24 jam.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/ZZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan