Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teo Chee Hean jadi Pemangku PM semasa PM Lee cuti hingga pasukan 4G pilih ketua baru

Teo Chee Hean jadi Pemangku PM semasa PM Lee cuti hingga pasukan 4G pilih ketua baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Teo Chee Hean jadi Pemangku PM semasa PM Lee cuti hingga pasukan 4G pilih ketua baru

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 09:49PM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 09:51PM

SINGAPURA: Semasa Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil cuti, Menteri Kanan Teo Chee Hean akan dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri sehingga pasukan generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP) memilih ketua barunya, kata Encik Lee hari ini (8 Apr) menyusuli keputusan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat untuk mengundurkan diri sebagai ketua pasukan itu.

Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, menggalas tugas selaku Pemangku Perdana Menteri setiap kali PM Lee cuti - sehingga Encik Heng dipilih sebagai ketua 4G dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2019.

"Dengan DPM Heng mengundurkan diri sebagai ketua 4G, saya kembali ke aturan sebelum ini dan akan melantik Menteri Kanan Teo Chee Hean sebagai Pemangku PM semasa saya cuti," kata PM Lee menjawab pertanyaan media.

"Ini adalah aturan sementara sehingga pasukan 4G memilih seorang ketua baru dalam kalangan mereka."

Hari ini, Encik Heng mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri sebagai pemimpin pasukan 4G, memberi laluan kepada seorang yang lebih muda untuk memimpin negara dan menggantikan Perdana Menteri.

"Saya sudah memutuskan untuk mengundurkan diri sebagai ketua pasukan 4G, supaya seorang pemimpin lebih muda yang mempunyai masa persiapan lebih panjang boleh mengambil alih," tulis beliau dalam suratnya kepada PM Lee.

"Meskipun kesihatan saya baik sekarang, ini demi kepentingan negara, untuk seseorang yang lebih muda menangani cabaran-cabaran besar pada masa akan datang."

Encik Heng akan terus menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, tetapi akan melepaskan jawatan Menteri Kewangan semasa rombakan Kabinet dalam tempoh sekitar dua minggu lagi.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan