Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tentera S'pura sambut ulang tahun ke-55 secara maya buat pertama kali

Tentera Singapura mengadakan sambutan secara maya buat julung kalinya bagi memperingati ulang tahunnya yang ke-55.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2020 08:54PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 08:55PM

SINGAPURA: Tentera Singapura mengadakan sambutan secara maya buat julung kalinya bagi memperingati ulang tahunnya yang ke-55.

Para pengunjung boleh mengikuti kegiatan seperti menembak atau menyusun suai gambar berkenaan dengan kegiatan tentera.

Para pengunjung juga boleh menghayati sejarah, senjata dan kenderaan Tentera Singapura menerusi pameran secara maya.

Pameran itu boleh diakses secara online menggunakan komputer atau telefon bijak sehingga 13 Disember.

Di tengah-tengah sambutan itu, tidak luput dari ingatan, sumbangan para askar dalam memerangi COVID-19.

"Lebih 5,000 anggota Tentera sepenuh masa dan Perkhidmatan Negara (NS) tampil ke depan untuk menyumbang kepada perjuangan dan mendatangkan perubahan - dalam menyokong sistem jagaan kesihatan; menjejak kontak dan membendung jangkitan dalam masyarakat; menjaga para pekerja asing dan membolehkan khidmat-khidmat asas disambung semula," kata Menteri Negara Kanan Pertahanan, Heng Chee How.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan