Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tentera Laut S'pura lancar flotila keselamatan maritim baru

Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) pada Selasa (26 Jan) melancarkan Flotila Respons Maritim dan Keselamatan (MSRF) barunya, bertujuan meningkatkan keupayaan keselamatan maritim negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jan 2021 04:31PM Dikemas Kini : 26 Jan 2021 08:52PM

SINGAPURA: Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) pada Selasa (26 Jan) melancarkan Flotila Respons Maritim dan Keselamatan (MSRF) barunya, bertujuan meningkatkan keupayaan keselamatan maritim negara.

Buat permulaan, flotila itu akan mengendalikan empat kapal keselamatan maritim dan respons kelas Sentinel (MSRV) dan dua kapal tunda keselamatan maritim dan respons (MSRT).

Kapal-kapal MSRV itu dilengkapi dengan pelbagai keupayaan bagi pilihan-pilihan yang boleh diubahsuai terhadap pelbagai ancaman keselamatan maritim.

Sebagai contoh, kapal-kapal tersebut dilengkapi dengan senjata depan dan belakang serta mesingan lebih kecil, selain dapra (fender) sisi untuk merapati kapal-kapal dalam pemerhatian dengan pantas.

MSRT pula akan membantu RSN bertindak balas dan membantu dalam insiden-insiden di laut serta menyokong operasi di pangkalan.

Keempat-empat MSRV tersebut adalah kapal yang diubah elok, tetapi mulai 2026 flotila tersebut akan mengendalikan kapal-kapal baru dibina khas, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Selasa. Kapal-kapal tersebut dijangka lebih besar dan boleh beroperasi di laut bagi tempoh masa lebih lama berbanding MSRV kelas Sentinel.

Panglima Laut Laksamana Muda Aaron Beng merasmikan pelancaran MSRFdi RSS Singapura – Pangkalan Laut Changi pada pagi Selasa.

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen mengumumkan buat pertama kali bahwa RSN sedang menyusun semula unit keselamatan maritimnya dan mendapatkan kapal-kapal baru pada Mac tahun lalu, sebagai tindak balas terhadap peningkatan insiden pelanunan dan lebih banyak jenis ancaman.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ancaman keselamatan maritim meningkat dari segi skala dan kerumitan," kata MINDEF pada Selasa. "Contoh-contoh termasuk ancaman pelanunan di rantau ini, dan pencerobohan perairan wilayah Singapura."

Terdapat 34 insiden pelanunan di Selat Singapura tahun lalu, menurut data dari pusat perkongsian maklumat maritim serantau. Angka ini meningkat sejak beberapa tahun lalu.

"Keupayaan yang terbit dari MSRF akan memberi kelonggaran untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan skop operasi keselamatan maritim yang lebih luas, dan mengukuhkan perlindungan perairan wilayah Singapura," tambah MINDEF.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan