Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teng Guan Food Industries didenda S$15,000; SFA temui najis tikus di kawasan simpan makanan

Sebuah syarikat pemproses makanan didenda S$15,000 pada Rabu (4 Ogos) setelah pihak berkuasa menemui najis tikus di sekitar kawasan-kawasan penyimpanan makanan dan pemprosesan syarikat berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Teng Guan Food Industries didenda S$15,000; SFA temui najis tikus di kawasan simpan makanan

(Gambar: SFA)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 07:15PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 07:17PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat pemproses makanan didenda S$15,000 pada Rabu (4 Ogos) setelah pihak berkuasa menemui najis tikus di sekitar kawasan-kawasan penyimpanan makanan dan pemprosesan syarikat berkenaan.

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan ia menemui "beberapa kelemahan kebersihan" semasa melakukan pemeriksaan di Teng Guan Food Industries pada 1 Oktober tahun lalu.

Kelemahan itu termasuk tidak menyenggara premis itu dengan baik, tidak menyimpan makanan dengan betul dan gagal untuk mencegah pencemaran daripada berlaku semasa membungkus makanan, menurut SFA.

"Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama kerana makanan boleh tercemar di mana sahaja sepanjang rantaian bekalan makanan," menurut agensi itu.

"Biarpun SFA terus berwaspada dan berusaha untuk memastikan langkah-langkah pengawalseliaan dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan betul, pihak industri serta pengguna juga mesti memainkan peranan mereka."

SFA menyatakan semua pengendali makanan harus memastikan premis mereka bersih serta dijaga dengan betul dan para kakitangan dilatih dengan sewajarnya mengenai pengurusan keselamatan makanan yang betul.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan atau syarat-syarat keselamatan makanan dan kebersihan makanan, tambahnya.

Pesalah boleh didenda sehingga S$5,000 dan sekiranya ia adalah kesalahan berulang, denda tambahan sehingga S$100 bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya akan dikenakan di mana kesalahan itu dilakukan setelah didakwa. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan