Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tender sistem konsep, pendapatan harga kian meningkat; 3 diberikan pada 2018

Tiga tapak jualan tanah pemerintah diberikan kepada pemaju hartanah menerusi sistem 'Dual Envelope' - jumlah paling banyak dalam tempoh setahun sepanjang sedekad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2018 10:00PM Dikemas Kini : 11 Sep 2018 10:08PM

SINGAPURA: Tiga tapak jualan tanah pemerintah diberikan kepada pemaju hartanah menerusi sistem 'Dual Envelope' - jumlah paling banyak dalam tempoh setahun sepanjang sedekad lalu.

Sistem 'Dual Envelope' atau Sistem Tender Konsep dan Pendapatan Harga itu menilai tender berdasarkan konsep dan harga.

Di bawah sistem tersebut, usulan mesti terlebih dahulu membentangkan konsep sebelum jumlah bidaan dipertimbangkan.

Menurut penganalisis, langkah itu menunjukkan tumpuan lebih tinggi terhadap memastikan bahawa pembangunan-pembangunan baru menyuntik kesegaran ke dalam kawasan di mana ia dijalankan.

Tapak di Sengkang Central ini, misalnya, mungkin kelihatan tidak seberapa.

Namun, dalam tempoh empat tahun, ia mungkin menjadi hab kegiatan bagi penduduk-penduduk Buangkok yang menempatkan pusat penjaja, kelab masyarakat, kedai-kedai dan kemudahan pengangkutan.

Tender bagi tapak itu diberikan bulan lalu menerusi sistem 'Dual Envelope' atau Sistem Tender Konsep dan Pendapatan Harga.

Pada masa yang sama, bidang-bidang tanah pelbagai guna di Holland Village dan di kawasan kediaman Hillview juga diberikan kepada pemaju berlainan pada awal tahun ini.

Baru-baru ini juga, satu plot tanah di Pasir Ris Central sedang menarik pembida dengan menggunakan kaedah tersebut.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menyatakan bahawa sistem 'Dual Envelope' hanya digunakan bagi tapak-tapak tertentu dengan perancangan dan hasil pembangunan yang khusus.

Kriteria untuk penilaian boleh berubah dari tapak ke tapak tetapi para penganalisis bersetuju bahawa secara keseluruhannya, sistem itu mendorong pemaju untuk mengemukakan tawaran yang lebih menarik.

Ia juga boleh menyingkir pemaju-pemaju kecil, meskipun sama kreatif, yang mungkin tidak mempunyai sumber-sumber tertentu untuk bersaing bagi tender-tender tersebut.

Pada masa depan, URA merancang untuk meneruskan pendekatan itu bagi tapak-tapak terpilih.

Para penganalisis menambah, walaupun pembangunan menerusi tender berdasarkan konsep dan pendapatan harga boleh menyuntik kesegaran dalam sesebuah kawasan, ia harus pada akhirnya dapat mengikut corak pengguna yang kian berubah-ubah. 

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan