Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tenaga kerja BERITAmediacorp #dudukrumahsaja, manfaatkan teknologi jalankan tugas

Banyak tempat kerja di merata negara mengubah cara ia beroperasi sejak langkah-langkah ketat pemutus rantaian penularan COVID-19 dikuatkuasakan Selasa lalu (7 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Banyak tempat kerja di merata negara mengubah cara ia beroperasi sejak langkah-langkah ketat pemutus rantaian penularan COVID-19 dikuatkuasakan Selasa lalu (7 Apr). 

Kami dari bilik BERITAmediacorp juga tidak terkecuali.

Sebahagian besar kakitangan kami kini bekerja dari rumah dan #dudukrumahsaja tetapi terus memastikan anda mendapat maklumat terkini dan tepat melalui semua wadah BERITA kami.

Kami membawakan berita semasa dan perkembangan terkini pandemik COVID-19 sepanjang masa - dari kaca TV, Radio dan juga menerusi pelbagai wadah digital.

Sebagai rangkaian media nasional, Mediacorp merupakan salah satu perkhidmatan penting yang kekal beroperasi sepanjang tempoh "circuit breaker" ini.

Jadi, di antara pelan kesinambungan operasi syarikat, semua bilik berita termasuk BERITAmediacorp mengubah cara beroperasi.

Kecuali sebilangan kecil wartawan yang perlu mengendalikan siaran langsung BERITA 8.00 malam, wartawan dari bahagian-bahagian lain seperti ehwal semasa, media sosial, berita digital dan berita radio kebanyakannya bekerja dari rumah.

Ini juga bermakna penggambaran dan wawancara di luar dikurangkan seboleh mungkin demi menyahut seruan kerja dari rumah.

"Teknologi kini semakin canggih. Kita sekarang ada Zoom, sidang mesyuarat video, WhatsApp. Kita gunakan teknologi di mana kita dapat menulis skrip di rumah. Jadi kami harus mengubah bagaimana kami mencari bahan berita dan bagaimana harus melaporkannya. Banyak agensi berita di luar negara sudahpun menggunakan kaedah ini," kongsi penyampai dan wartawan Rosli Razak.

Selain berusaha membawakan perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19, kami juga melancarkan inisiatif #dudukrumahsaja.

Kami mengajak anda mengisi masa sebaik mungkin menerusi pelbagai kegiatan seperti senaman agar tidak bosan walaupun #dudukrumahsaja.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan