Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh VEP bagi kenderaan berdaftar M'sia dilanjutkan hingga 30 Jun

Tempoh Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di Malaysia akan dilanjutkan hingga 30 Jun bagi membantu rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berada di Singapura sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh VEP bagi kenderaan berdaftar M'sia dilanjutkan hingga 30 Jun

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 02:57PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 02:59PM

SINGAPURA: Tempoh Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di Malaysia akan dilanjutkan hingga 30 Jun bagi membantu rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berada di Singapura sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (26 Mac).

"Ramai pekerja rakyat Malaysia memilih untuk berada di Singapura sedang Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan," menurut LTA, sambil merujuk kepada perintah yang melarang rakyat Malaysia daripada melakukan lawatan ke luar negara semasa wabak COVID-19.

Pada Rabu (25 Mac), Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada hujung bulan ini, dilanjutkan selama dua minggu hingga 14 April.

Para pemilik kenderaan Malaysia tidak perlu menghantar sebarang permohonan bagi melanjutkan tempoh tersebut, tambah LTA dalam catatan Facebooknya.

"Bagaimanapun, mereka perlu memastikan mereka mempunyai nilai yang mencukupi dalam kad Autopass bagi yuran VEP Singapura, Caj Jalan Timbal (hanya untuk pemilik kenderaan asing), caj ERP dan bayaran tol sebelum memandu keluar daripada Singapura,"tambah kenyataan itu lagi.

"Mereka juga harus kemas kini tarikh luput insurans kenderaan mereka menerusi khidmat digital VEP bagi merangkumi tempoh penginapan mereka di Singapura."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan