Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh penutupan masjid dilanjutkan bagi elak kemudaratan: Masagos

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli pada Selasa (24 Mac) berkata keputusan untuk melanjutkan tempoh penutupan masjid adalah satu langkah bagi mengelakkan kemudaratan kepada masyarakat Islam di sini serta rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli pada Selasa (24 Mac) berkata keputusan untuk melanjutkan tempoh penutupan masjid adalah satu langkah bagi mengelakkan kemudaratan kepada masyarakat Islam di sini serta rakyat Singapura.

Dalam catatan di Facebook, Encik Masagos berkata beliau menyokong keputusan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Fatwa dan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir tentang perlunya melanjutkan tempoh penutupan masjid.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan hari ini masjid-masjid di seluruh Singapura akan terus ditutup bagi tempoh masa yang tidak ditetapkan dan begitu juga solat Jumaat.

Ini bermakna, 70 masjid di negara ini tidak akan dibuka pada Jumaat ini seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Penutupan itu akan dilanjutkan sehingga keadaan kesihatan kembali baik.

Encik Masagos menarik perhatian bahawa keadaan COVID-19 di Singapura dan rantau ini tidak bertambah baik, malah "bertambah buruk dengan jumlah kes meningkat dengan lebih pantas saban hari".

ALU-ALUKAN USAHA PERKHIDMATAN SOSIAL

Encik Masagos berkata masjid-masjid di sini bukan setakat tempat ibadat malah pusat bagi masyarakat mendapatkan bimbingan dan bantuan. Maka itu beliau mengalu-alukan usaha MUIS untuk terus menyediakan bantuan perkhidmatan sosial seperti zakat.

Selain itu, Encik Masagos turut memuji usaha MUIS meningkatkan jumlah kuliah di wadah online dan media massa termasuk yang disiarkan di stesen radio Mediacorp Warna 942.

Dalam masa sukar ini, Encik Masagos memberi jaminan bahawa golongan asatizah yang terjejas akibat COVID-19 akan dibantu.

Beliau turut memberi penghargaan kepada golongan ulama yang telah memberikan bimbingan agama berasaskan sains perubatan.

Encik Masagos menarik perhatian semua ini tidak akan tercapai sekiranya masyarakat tidak memberikan sokongan.

Kesabaran dan pemahaman masyarakat Muslim tempatan terhadap langkah ini merupakan sesuatu yang "menakjubkan" bagi masyarakat di Singapura, mahupun antarabangsa, jelas Encik Masagos.

Beliau menambah, inilah bukti kewarnegaraan masyarakat Muslim dalam mengambil langkah sukar tetapi tepat seiring dengan rakyat Singapura yang lain, dalam mengekang penularan COVID-19.  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan